Wednesday 25 May 2011

....

Past few days, I have a weird dreams. Mimpi yang banyak menyentuh perasaan dan sangat mengelirukan perasaan. Right now, aku sendiri tak tau nak fikir atau nak tafsirkan mimpi tu.  Aku bermimpi tentang suasana dan situasi yang berbeza tapi seolah-olah berkaitan dan mempunyai petunjuk.


Aku tak tahu either ianya petunjuk atau sekadar mimpi untuk mempermainkan perasaan aku. Aku pun tak tau nak cakap bagaimana ia mengganggu perasaan aku, tapi at least dah dua hari aku tak boleh nak tidur dan asyik memikirkannya. Anyway mimpi aku yang baru je berlaku tadi ni siap ada kesimpulan lagi.


Ok mari kita putar cerita ni ke belakang sikit. Aku tak boleh tidur malam tadi. I have a weird feeling. Rasa diri ni macam tak guna je dan rasa macam aku ni sangat-sangat gagal. Why orang lain macam ada kelebihan masing-masing and aku tak jumpa pun apa kelebihan aku. Since primary school then masuk sampai ke form 5, aku selalu jadi orang yang terakhir sekali untuk orang perasan akan kehadiran aku. Dengan budak yang tubuhnya kecil, dan rupa pun tak ganas, aku rasa macam kenapa aku dilahirkan sebegini. 


Even masa darjah 3 hingga 5, aku selalu je masuk lumba lari mewakili pasukan rumah hijau. Biasanya aku masuk 4x100 m atau 4x200 m. Tapi aku tak pernah menang sebarang pingat. Semuanya disebabkan aku, sama ada baton terjatuh atau aku sendiri yang jatuh. Dan  sejak saat itu aku mula hilang keyakinan diri. Aku rasa kan diri ni  tak berapa bagus berbanding orang lain. bola, badminton dan apa saja semua jenis sukan aku Cuma tau main saja, tak pernah berani nak pergi selection. Sebab aku rasa aku terlalu kerdil. 


Nak mengurat awek, aku Cuma mampu diam kan saja, budak kecil macam aku ni memang tidak ada market. And this is fact. Yep. Perjalanan hidup aku nampak lancar. Tapi perjalanan hidup hati aku, tak semuanya lancar. Sebab tu after matriks, aku mula tanam prinsip hidup dan I want to be whatever I want. Aku mula dihargai, aku mula rasa ada orang menyenangi aku, aku mula rasa orang pandang apa yang aku ada. Sesiapa yang hidup sezaman dengan aku, ini adalah fakta yang engkau orang tak boleh nak nafikan. Setiap pemilihan ketua kelas, ketua rumah atau presiden kelab, orang akan pandang yang tinggi, famous, good looking dan kelihatan sedikit matang. Mereka tak akan nampak seorang budak kecil, gelap, yang kelihatan bodoh, mudah di buli, yang hanya ingin mengambil perhatian dengan buat joke yang bodoh-bodoh. Kalau di calon pun, Cuma seorang dua orang je yang akan angkat tangan, mungkin Cuma mahu mengambil hati. Tidak seorang pun yang ambil serius setiap pandangan aku. They just know I still kiddo yang mereka anggap masih berhingus. That’s why I hate so much zaman sekolah. I hate to talk about that. All of them hanya meminggirkan aku without giving me the chances.


Masuk universiti, one by one aku diberi peluang handle something event, aku mula dihargai untuk memegang sesuatu peranan. That’s why aku anggap this is the time aku kena restructure balik minat aku, prinsip aku, dan jelas ke mana arah tuju aku untuk 10 tahun, 20 tahun dan 50 tahun akan datang. Tapi keyakinan ni tak kekal lama. Sedikit demi sedikit ia terhakis. Perlahan lahan keyakinan aku sedikit goyah. Aku mula takut what will I be around 30 years from now. The most important thing ada dua. One is my career, the other one is, who is perfectly to be mother of my Childs. Aku telah setup semuanya pada high expectation, pada high target, and I’m afraid, if I will not achieve that target, means that I made a big mistakes and I’m failed. And now, seriously what I see, what I feel is the biggest fail in front of me.


Dan semalam aku bermimpi selepas aku penat mengenang nasib. Cuma di akhir mimpi tu aku sangat terkejut. Terdapat mesej yang rasa sangat jelas. Di akhir mimpi tu apa yang aku ingat aku Cuma menuruni tangga escalator di satu tempat, tapi escalator tu runtuh dan aku terhumban jauh ke dalam jurang. Semuanya bagaikan disedut ke dalam jurang tu. But at the end, semuanya kembali pulih dan ada seorang lelaki yang aku tak kenal, berdiri di hujung escalator tu. Aku Cuma pandang dia dengan seribu tanda tanya. Dia Cuma jawab “Jepun sudah tahu kita gagal, dia Cuma tunggu masa bila kita betul-betul jatuh”. Aku Cuma mengangguk dan faham yang lelaki tu selamatkan aku. Aku Cuma faham sekiranya aku give up, aku akan betul-betul biarkan diri aku jatuh ke dalam jurang tu. But at the end ada seorang lelaki tunggu dan selamatkan aku sebelum betul-betul jatuh sampai ke bawah. Kenapa Jepun?


Dan kenapa aku mimpi dia dan arwah?



No comments:

Post a Comment