HTD

Selamat Hari Guru. Oyeah. I know it’s too late, but it’s better than never. #neversaynever. Hahaha. Bila sebut saja Hari Guru, mesti lah semua sibuk berfikir, nak beri hadiah apa. Tapi, yang pasti kalau ada 10 orang guru, tak semua dapat. Yang selalu pukul kita, yang kita dendam mesti tak akan dapat punya hadiah hari guru. Kan. That’s fact.


Sejarah aku dengan cikgu-cikgu yang aku tak suka banyak sangat. Tapi timeline tu berlaku dalam darjah 2 hingga tingkatan 3 je. Bila masuk MRSM tingkatan 4, aku dah jadi seorang yang sangaaat sopan. Double extra sopan, baik, pendiam. Hahaha. That’s a fact too.


Bila form 1, aku memang sangat anti dengan seorang cikgu perempuan ni dari Negeri Pantai Timur. Mulut dia memang tak berlesen. Cakap main lepas je. Dia ajar silih berganti, antara Sejarah dan BM. Aku memang anti dengan dia sampailah ke form 3. Before PMR, dah menjadi adat dan adab, semua pakat sibuk nak minta maaf pada semua cikgu, dan aku pun tak terkecuali except pada that cikgu aku tak minta maaf. When my friends ask why, nanti tak berkat bla bla bla.. aku Cuma cakap satu je pada dia dan pada diri aku, “she is not the only one that teach me”. I guess even dia Cikgu pun, dan pernah mengajar aku, tak sepatutnya aku minta maaf. Well, itu zaman darah masih merah.


At the same time, masa form 1, pun ada cikgu yang datangnya dari Negeri yang sama, ajar Sejarah dan juga BM, sangat sporting dan baik. Pernah betting dengan dia bola masa world cup 1998 kalau tak silap. My team memang tak lari lah, Italia. And she’s good. Every students rasa selesa dan mesra je dengan dia. Dan baru tadi di FB aku ucapkan Selamat Hari Guru pada dia, then ask her “Cikgu ingat tak kita”. Then dia jawab “ingat, yang kecik-kecik tu dulu kan” haha. I feel very very happy coz jarang untuk Cikgu kenal aku, sebab I assume seseorang cikgu dia ada ramai anak murid dan sukar sekali untuk ingat anak murid dia yang terdahulu. Her name is Maheran Dollah.

That’s why aku tak nak jadi Cikgu. For what kita nak mengajar kalau niat kita kadang-kadang terpesong. Sebab aku memang tak ada niat nak mengajar, then bila aku jadi cikgu, aku takut tanggungjawab yang besar tu aku buat main lepas je.

Last, Selamat Hari Guru untuk semua Cikgu-Cikgu yang pernah mengajar saya, semua sekali dari tadika hingga sekarang baik formal atau tidak. Thanks for everything. And sorry for everything. Dan pada kawan-kawan yang bakal bergelar cikgu, come on, teruskan perjuangan anda dengan niat yang betul. Coz anak-anak generasi akan datang bergantung pada anda yang mencorakkan sebahagian daripada hidup mereka.
 
#SELAMAT HARI GURU!

4 comments:

  1. hahahaaa..sentapp....
    kih3x.....

    ReplyDelete
  2. haha.. teruskan niat dengan semangat perjuangan

    ReplyDelete
  3. haha kat ec cikgu yg garang pon dpt hadiah...siap ade award lg, 'guru paling penyayang'
    xDD

    ReplyDelete