Perbezaan

Aku sekarang ada dekat kemaman. Housemate tunang aku yang sibuk lebih. Ada orang cakap, aku lebih pentingkan kawan, tapi bagi aku gembira kawan ada lah kegembiraan aku juga.

Walaupun aku totally membesar di johor bahru, yang dari kecik sampai ke besar menghadap kesesakan jalanraya, kampung bukanlah sesuatu yang asing bagi aku macam maya karin dalam filem cun tu. Kampung parents aku dua-dua di muar. Dan aku pun pernah masuk banyak lagi kampung dalam beberapa program khidmat masyarakat. Pernah satu masa aku duduk seminggu di satu kampung yang pintu tandasnya berlubang-lubang. Penat aku nk mandi sembunyi sebab family tu ada seorang anak dara sebaya aku. Bajet hot. Haha

Tapi apa nk cakap kat sini, latar belakang keluarga kita tu yang akan membentuk siapa kita akan datang. Sebab tu ada pepatah asal benih yang baik, jatuh ke laut akan menjadi pulau juga.

Aku bersyukur aku dibesarkan oleh family yang mampu menjadikan siapa aku sekarang ni. Dan aku pun suka dengan family housemate aku ni. Walaupun aku di bandar dan dia jauh dari hiruk pikuk bandar, tapi dibesarkan dengan penuh suasana yang berbudi bahasa. 


Rasa sedih lak bila kawan kawan ada yang bertunang, kahwin dan pasti akan meninggalkan segala kegiatan sama sama waktu bujang dulu. Orang asyik tanya bila turn aku. Tunggulah sampai hati ni betul betul terbuka untuk orang yang kenal dan paham siapa aku dan cara aku. Tak guna kalau sayang semata-mata. Tapi akhirnya kita yang kena pujuk hati sendiri. Banyak kali terang yang kita suka ini, yang macamni, at last dia cuma nampak kesalahan kita. Segala apa yang kita buat sebelum ni semuanya macam sia-sia.


Takpe. Aku cuma tahu setiap keputusan yang aku buat, tentu ada hikmahnya yang Tuhan sudah pun tentukan. Aku cuma berharap sangat pada Tuhan, semoga Dia tentukan dan tunjukkan apa yang terbaik untuk aku.



No comments:

Post a Comment