Friday 29 April 2011

Skandal suami isteri

Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni dah macam jadi satu trend laki orang ada skandal ngn isteri orang. Semenjak abes belajar ni dah dah mula start keje, bayangan menakutkan tu semakin jelas. A few member yang berlatarkan pekerjaan yang berlainan mula bukak cerita opismate ada skandal. Laki dan bini orang. Mungkin perkara ni menakutkan bagi si isteri-isteri di luar sana. Tapi lagi menakutkan lagi bagi si suami2 yang yang setia tu. Aha.


Yup ramai yg berpendapat kesalahan tu terletak pada bahu kedua2 pembuat skandal tu. aku pon bersetuju, takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan. Tapi aku rasa kesalahan si isteri lagi besar dari pasangan lelaki. Kerana isteri tu membawa maruah suami, dan suami tak bawa maruah isteri.


Then kalau rasa tak sesuai dengan kekasih yang dinikahi kenapa jatuh cinta kat orang lain? Ada satu quote, "when u love 2 person at the same time, choose the second one, because if u really love the 1st one, u will never fall in love with the 2nd one"


Thats why aku nk kahwin lambat sampai aku percaya yang she is the only one for me. Tak nk nnt aku menyesal kahwin awal dan jatuh cinta pada orang lain. Apatah lagi kalau2 tengah berskandal tu bini tengah mengandung.


Dan aku juga berharap yang isteri aku tidak terjebak dalam kes kes macam ni. Sesak beb kalau pk yang isteri kau bukan setakat skandal, takut dah cek in hotel keluar masuk dsb. Kau lihat saja dalam berita laki tangkap isteri tengah berkhalwat. Tu belum dengar dari mulut orang, si polan polan buat projek kat pejabat, kat pantry dan macam2 tempat lagi asal nafsu dapat lepas..


Zaman sekarang mmg dah zaman akhir zaman. Sikit sikit Tuhan dah tunjukkan. Tp itu bukan alasan untuk aku rela bakal isteri aku buat macam tu.



2 comments:

  1. ko skandal ngan bakal laki org takpe lak? (mat lang) ngahahahahaha~


    -robben-

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    belum laki lagi... baru tunang orang.. hahaha

    ReplyDelete