Nasib Badan.

Semalam merupakan hari yang sangat menyedihkan. Aku balik dari kerja then sampai saja, aku terus pergi ke pejabat hostel yang terletak tidak jauh dari rumah aku No 4. Resit pembayaran rumah aku hilang; tak tau letak dekat mana. So niat hati pergi ke pejabat nak tanya bila next bayaran sewa rumah untuk bulan depan.


“akak, resit first hari tu hilang, saya nak tanya bila next bayar untuk sewa ni” sambil akak tu senyum dan terus buka buku log dia.


“ hari ni dik, 6hb Apr. lambat 2-3 hari tak apa akak faham, jangan lambat sangat” kini giliran aku lak diam, senyum, tunduk dan terus keluar dari bilik tu.


Demm. Aku ingat next week baru bayar. Gaji 2 bulan tak masuk lagi. Mana lah nak dapat duit. Bila masuk bilik tengok housemate tengah buat nasi goreng. So aku pun tolong lah sikit-sikit yang mana patut. Bila belum nasi goreng tu siap, tengok rice cooker tu dah tak menyala. Godek punya godek still juga tak menyala. Jem!. Duit tak ada, nasi pun tak dapat makan. Haha. Sadis!. 


Tak apa lah. Kita try pula water heater. At least boleh minum air panas. Buat hilangkan tension. Bila sambung saja plug water heater tu, Tup! Terus padam semua lampu,kipas dan semua plug. Maybe elektrik tendang balik sebab water heater tu dikhuatiri rosak. Daripada nasi sekarang air panas pun tak boleh nak diminum.


jadi aku terus berlari keluar bilik dalam keadaan separa nangis (tipu, aku masih tabah) dan terus duduk jauh di satu sudut; merenung nasib!.. sigh!.



4 comments:

  1. ada hikhmah ni.. sabar2.. hehe.. tu sikit jer dugaan.. :D

    ReplyDelete
  2. Semoga kesusahan yg menimpa dirimu, disebaliknya terdapat kemudahan dlm waktu yg terdekat...insyaAllah....sabar ek :)

    ReplyDelete
  3. @Ezal R

    hehe tulah tgh bersabar ni.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. @Nurhuda Araby Al-Kahery

    insyaAllah.. selalu juga berfikir, susah dulu dan siapa tahu terdapat kesenangan di masa depan.. kesenangan takkan datang bergolek camtu je kan..

    thanks Huda/Ezal

    ReplyDelete