Tuesday 12 April 2011

Needs or Desires?

Tahukah anda yang aku sekarang sedang bercita-cita nak rembat satu smartphone keluaran sony iaitu sony xperia10. Dan tahukah anda lagi yang aku sedang mengalami krisis kewangan yet aku masih mengidam benda yang pelik-pelik. Damn! Ni semua sokernet punya fasal sampai aku dah terikut-ikut cara tahukah tahukah dan tahukah.


Sebab apa aku mengidam sony x10 tu, sebab aku bakal dapat gaji secara 2bulan sekali gus. Ini bermakna aku bakal menjadi orang kaya sementara saja. Ni menyebabkan perasaan aku untuk mendapatkan sesuatu tu secara membuak-buak. Ditambah lagi bila gejala pening kepala, pms, stress yang melanda, aku mesti mendapatkan sesuatu barang yang harganya tak masuk akal untuk kepuasan dan kebahagiaan diri sendiri. Macam jam tangan fossil yang aku beli tahun lepas, harganya RM500 dan aku terus beli tanpa menoleh ke belakang lagi.


Jangan cakap pada aku antara keperluan dan kehendak. Aku tau tu semua. Dan banyak lagi benda yang perlu untuk aku keluarkan duit. Tak termasuk hadiah birthday untuk adik-adik aku, hadiah kecemerlangan SPM untuk adik aku dan juga hadiah untuk someone pada 14hb Mei nanti. Dan juga termasuk kasut kerja aku menggantikan safety shoes aku yang menjadi bahan gelak kawan sepejabat. Damn! Duit sewa rumah, duit p1 wimax, personal loan, open table untuk kawan-kawan. Dah kerja ni rasa duit keluar macam air paip je.


And now aku sekarang belajar kelas untuk jadi financial planner secara part time under insurance company, Prudential. Aku tau, lepas ni mesti ramai yang lari dari aku. Muahaha. Tapi secara sedar, aku rasa part time ni sangat jauh dengan matlamat aku nak sambung study dan melibatkan diri dalam kerja-kerja admin secara serius. When you involve in insurance and financial planner ni, kena ada komitmen 100% terhadap client in case bila insurance tu kena claim. Malang tidak berbau that’s why kita digalakkan ambil life insurance untuk cover life dan penyakit-penyakit kritikal. So bila 24 hours kita kena on-call dan must involve in full time in prudential, bila masa kau nak sambung belajar?. bila sambung belajar, apa akan jadi pada clients kau yang dah trust kau selama 6 tahun mereka ambil polisi ni.


And then once again, aku rasa ragu-ragu tentang masa depan aku apatah lagi sekarang ni musim masalah jiwa. Ditambah lagi bila aku tak ada private consultant yang boleh give advise what to do and what should you do. It seems like aku mula putus harapan tentang apa yang aku buat. Dan boleh tak kalau aku biarkan saja masa berlalu, dan hari ini kita buat apa yang kita nak buat. Macam aku just grab je x10 tu without fikir what happen next month bila duit dah abes sebab melabur dalam phone tu.


And now aku putus harapan dalam apa saja yang aku nak buat. Matlamat dan impian semuanya seakan berkubur. I need someone yang boleh give me advise untuk aku lihat balik matlamat tu. But now, I don’t trust anybody. Its hard to find someone yang faham whats ur need and whats ur problems.


And aku bertekad nak grab je x10 tu! Sebab aku tak nak fikir masa depan. It doesn’t exist!.



1 comment: