Monday 11 April 2011

Final Exam!

Sekarang ni exam week dekat UKM. Dekat universiti lain aku tak pasti. So as usual minggu ni lah ramai students online waktu malam-malam. Konon-konon nak study. Biasalah. Aku pun macam tu. Worst when esok exam, malam ni baru start nak study. So this entry aku nak cerita beberapa pengalaman aku waktu exam week ni yang boleh diambil pengajaran.


Aku ni stock student yang memang study last minute. Ada sesetengah orang kata, tak kisah study last minute, sebab ada yang boleh catch up waktu last. Time tu semua berdesup-desup masuk otak. Tapi aku ni study lambat ke, study awal ke still bangang tak masuk-masuk. Jadinya ada satu exam tu aku study memang last minute. Esok exam, hari ni aku baru start baca semua notes. Akibatnya memang marathon study tak tidur satu hari, prepare stock Nescafe, Alicafe, Cofee, Kapir, tapir dan semuanya. Exam plak waktu pagi pukul 8.30. jadinya adrenalin ni memang mengalir dengan laju ditambah pula dengan caffeine yang mengalir dalam darah ni. Nak dijadikan kisah, tengah study dalam jam 7 tu aku dah rasa macam masuk clubbing. Dinding pun rasa bergoyang. Kepala pening dan khayal. Akibatnya aku masuk tandas muntah-muntah, akibat pening yang terlampau. Kesudahannya #mampus exam aku tak dapat jawab. 5 star for you!. Haha.


Ada cerita yang lain. di waktu exam yang lain. time ni third year seingat aku. Oleh sebab killer paper tu memang susah (bagi aku sebab aku tak study), so aku pun memang tak dapat jawab. Duduk teringat mak ayah, awek tempatan, awek seberang, maria sharapova, pun masih blur dan tak dapat jawab. Aku nak tipu, nak goreng, nak kencing, nak kelentong pun tak ada idea nak buat. Last-last aku tulis dekat kertas jawapan tu lebih kurang cenggini : “Prof, maafkan saya prof sebab tak dapat jawab. Saya harap Prof dapat luluskan saya sebab saya nak grade tahun ni. Saya memang tak dapat jawab sebab saya kurang sihat, sakit kepala sangat-sangat.  Terima kasih atas jasa dan budi baik prof”. ok!. Aku rasa jawapan tu dah cukup bijak!. Aku tak ingat plak paper tu lulus ke tidak. Mesti Prof tu rasa terharu kan jawapan aku di dedikasi kan kepada beliau!.


And another thing yang aku teringat waktu aku final exam dulu, aku telah mengalami peristiwa kemaluan yang sangat besar. Tak lah besar mana, tapi besar juga. UKM ni ada satu dewan besar untuk semua function termasuk exam iaitu DECTAR (Dewan Canselor Tun Abd Razak). DECTAR ni ada 4 bahagian waktu exam iaitu dewan, lobi utama, lobi A dan panggung seni. (sorry kalau salah sebab tak berapa ingat nama bahagian tu). Ada satu exam tu, aku terus je masuk dalam dewan. Bila masuk aku terus duduk ikut no meja yang tertulis pada slip exam. Bila dah duduk aku tengok orang sekeliling mana tau ada yang kenal-kenal. Tapi semua pun aku tak kenal. Tak apa lah, maybe time ni aku extend, tak berapa nak kenal sangat student junior or maybe course ni campur dengan student lain kot. The worst part tu bila ada someone Chinese girl datang dekat aku buat muka nak nangis claim yang aku duduk di tempat dia. Aku pun bengang juga, dah buka Yassin ni nak baca, boleh plak ada orang kacau!. Aku tunjuk lah slip exam aku, exactly sama no meja dengan meja yang aku duduk. Chinese girl tu mengalah dia terus blah. Dalam hati aku kata, dah salah lagi nak marah orang kan. Shelake!. Rupanya jangkaan aku meleset, dia datang lagi, kali ni dengan pengawas exam. Pengawas exam tu mintak slip aku, dan aku pun tunjuk dengan perasaan bangga. At last dia cakap dekat aku, “dik, exam awak dekat lobi utama, bukan dewan dalam ni”. Aku pura-pura kesat mata buat-buat tak percaya. Aku senyum sikit je dan terus blah. Damn. Aku dapat rasakan semua mata menjeling ke arah aku. Terasa macam tak pakai seluar plak pergi exam. Rasa shit dowh!


So kalau nak pergi amek exam tu, better prepare sebelum kemaluan engkau orang membesar sebesar-besarnya. Lucah? Taklah. Ini pengajaran!


So good luck semua yang take exam. All the best and believe you can do it right!. #ganbatte!



2 comments:

  1. wahahahaha..lulus ke tak yg tulis note tuh???ce cek..nk try gk nnt..ahaha

    ReplyDelete
  2. @mEEnmeSSi

    tak hingat tapinya cukup makan kot.. dalam D... memang fail or D je markah abang ni.. never get B- dan ke atas.. except one or two is A.. hahaha

    ReplyDelete