Weekend Tak Best

Weekend ni macam tak ada mood. Yang ada nak tidur, tidur dan terus tidur. Sebab mood tak berapa nak elok. Sepatutnya pagi ni ada kelas insurans, tapi tak pergi. Tidur lagi. Nak buat apa pun seems malas sangat. Tahu kah anda benda ni pernah berlaku ada aku dalam 5 tahun lepas masa aku kat matrikulasi. Akibat kekecewaan yang amat sangat, aku mula mengasingkan diri dari kehidupan normal lebih sebulan.


Tidur saja, balik kelas dan prep terus tidur. Malam tidur. Weekend tak jenguk langit langsung. Makan pun biarkan saja. Bangun just nak lepaskan hajat je kat tandas. Time tu sembahyang lagi lah ke laut. Kecewa sangat kan. Akibat iman senipis kulit bawang. Bila kita dah extra over tidur, penat dia melebihi penat pekerja kontrak buat jalan waktu panas. Sgt penat, tak berdaya, dan extra malas. Kepala pun macam khayal je. Tapi that’s a best solution kita nak lari dari masalah. Tapi kat rumah tak boleh buat macam tu. Nanti ada pressure lain yang datang. Pot pet pot pet pula yang datang.


Esok pun ada kelas insurans pagi. Hope boleh lah bangun. Kalau tak bangun lagi sakit kepala. Housemate pun tak ada esok. Bila sorang-sorang dalam bilik, nampak pisau pun nampak macam pisang goreng je. Haha. #kiddin.  Bestnya kalau dah kahwin. Awal-awal kahwin ni mesti sanggup je temankan wife pergi shopping. Jalan-jalan buat mini honeymoon. Haha. Seronoknya.


Ok. Tak ada cerita dah sebenarnya. Mood condition pon tak berapa nak elok. Kalau tak ada plan, weekend ni nak tidur je lah. Nothing to do. Jom tidur!.


Oh jap. Malam tadi aku mimpi best. I hope aku tak bangun coz tak nak mimpi tu akan hilang begitu saja. So ce try tidur mana tau dapat mimpi yang serupa lagi. Yummy!.



2 comments: