Friday 3 June 2011

15 Fakta Menarik Tentang Mimpi


Bila bangun pagi, selalunya kita akan fikir apa yang kita mimpi masa tidur. Itu pun kalau kita bermimpi. Susah nak ingat mimpi kita. Ada yang mimpi sedih, gembira, kena kejar hantu, nightmares dsb. Biasanya orang akan cakap mimpi mainan syaitan. Ada juga yang kata mimpi tu adalah satu mesej kepada kita. Whatever pun, di bawah ni ada 15 fakta menarik tentang mimpi.


1.       Kita lupa 90% dari mimpi

5 minit selepas terjaga, kita akan lupa separuh dari mimpi kita. Selepas 10 minit, kita lupa 90% apa yang berlaku dalam mimpi kita.

Ulasan: kalau mimpi yang indah kita lupa, macam mimpi orang yang kita sayang. sedihnya!



2.       Orang buta juga bermimpi

Orang yang buta akibat kemalangan dan berlaku selepas lahir, dia akan bermimpi sama seperti orang yang normal bermimpi. Manakala orang yang buta semasa dilahirkan dia akan bermimpi hanya bayangan imej, bunyi, sentuhan dan bau.



3.       Semua orang bermimpi

Semua orang akan bermimpi. Kecuali yang mempunyai penyakit psikologi yang melampau. Jika anda fikir anda tidak bermimpi, sebenarnya anda lupa apa yang berlaku dalam mimpi anda.



4.       Dalam mimpi kita hanya melihat wajah yang kita kenali.

Mimpi kita tidak mencipta wajah-wajah yang baru sebaliknya wajah-wajah yang kita mimpi semuanya adalah wajah-wajah yang kita pernah jumpa. saban hari sepanjang hayat kita akan berjumpa dengan ratusan orang sama ada kenal atau tak, justeru itu, kita ada bekalan yang tidak terhingga untuk wajah-wajah yang akan muncul dalam mimpi kita.

Ulasan: apa pasal aku ada mimpi seseorang yang sangat cantik, baju putih, suara merdu tetapi aku tak pernah kenal pun gadis tu. Mimpi ni berlaku waktu maghrib, di Sagil, tangkak, dekat dengan Gunung Ledang. Mimpi tu sampai sekarang aku ingat termasuk irama yang dialunkan. Ok seram!



5.       Tidak semua orang mimpi nya berwarna.

Kajian pada 1915 hingga 1950 menunjukkan 12% dari mereka yang boleh melihat akan bermimpi dalam keadaan hitam dan putih. Selebihnya mimpi mereka akan penuh dengan warna. Kajian terkini menunjukkan hanya 4.4% sahaja dari mereka yang berumur bawah 25 tahun bermimpi hitam dan putih. Perubahan ini mungkin kerana perubahan televisyen dari hitam putih kepada televisyen berwarna.



6.       Mimpi adalah simbolik

Jika anda bermimpi tentang sesuatu objek, besar kemungkinan mimpi anda bukan menceritakan objek tersebut secara keseluruhan. Mimpi bercakap dalam bahasa yang sangat simbolik.



7.       Emosi

Emosi yang biasa kita lihat dalam mimpi adalah emosi berkaitan dengan kecemasan. Negatif emosi lebih banyak hadir dalam mimpi berbanding positif emosi. 



8.       Kita boleh bermimpi 4 hingga 7 mimpi dalam sehari

Secara purata kita akan bermimpi di mana saja setiap satu hingga dua jam dalam sehari. 



9.       Haiwan juga bermimpi

Kajian juga menunjukkan haiwan juga bermimpi, dan menunjukkan mereka mempunyai gelombang otak yang sama ketika bermimpi seperti manusia. Jika kita perhatikan, haiwan juga akan mengerakkan kakinya seperti berlari dan mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang mengejar sesuatu di dalam mimpi.



10.   Kelumpuhan tubuh badan

Rapid Eye Movement (REM) adalah normal stage dicirikan dengan pergerakan mata. REM sleep pada orang dewasa kebiasaan berlaku 20-25% dari mimpi keseluruhan dalam 90-120 minit.

Semasa REM sleep, badan dilumpuhkan oleh satu mekanisme di dalam otak untuk menghalang pergerakan badan yang hadir di dalam mimpi berlaku pada fizikal kita yang realiti. Walau bagaimanapun, mekanisme ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas kita bermimpi di dalam otak kita dalam keadaan sedar.

Ulasan : sebab tu kadang-kadang kita akan rasa macam kena ‘hempap’ sebelum tidur atau selepas tidur. Rasa memang tak boleh nak gerak langsung. Mungkin itu adalah proses yang berlaku akibat dari mekanisme REM. 



11.   Gabungan mimpi.

Minda kita menganalisis data dari rangsangan  luaran pada tubuh kita dan akan digabungkan ke dalam sebahagian mimpi kita. Ini bermakna di dalam mimpi kita akan mengalami keadaan sama seperti yang berlaku di alam realiti yang telah digabungkan ke dalam mimpi. Sebagai contoh, kita mungkin bermimpi berada di dalam konsert ketika adik sedang bermain gitar di sebelah ketika
kita sedang tidur.

Ulasan: sesiapa yang pernah kencing malam pasti tahu apa yang dimaksudkan. 



12.   Lelaki dan wanita mempunyai mimpi yang berlainan

Lelaki cenderung untuk bermimpi tentang lelaki yang lain. sekitar 70% karakter di dalam mimpi seorang lelaki adalah lelaki. Sebaliknya perempuan akan bermimpi lelaki dan wanita secara sama rata 50-50. Emosi dalam mimpi lelaki juga lebih agresif berbanding dengan mimpi wanita.

Ulasan: fakta ini GAY!. muahaha



13.   Mimpi ramalan

Keputusan kaji selidik di dalam satu populasi yang besar menyatakan 18% hingga 38% pernah mengalami sekurang-kurangnya satu mimpi yang dapat meramalkan apa yang terjadi. Dan 70% dari populasi mengalami déjà vu. Peratusan mereka yang percaya pada ramalan mimpi ini boleh terjadi akan meningkat kepada 63%-98%.

Ulasan: Ini telah pun dibuktikan melalui ramalan mimpi yang dibuat oleh Nabi Allah Yusof A.S



14.   Berdengkur bermakna anda tidak bermimpi

Fakta ini tersebar meluas melalui internet tetapi tidak ada kajian saintifik dan bukti yang pernah dilakukan. 



15.   Kamu boleh mengalami orgasm di dalam mimpi

Anda mungkin tidak melakukan hubungan seks secara realiti tetapi boleh mengalami orgasm dalam mimpi yang kuat sama seperti yang berlaku di dalam realiti. Sensasi yang dirasakan ketika mimpi adalah sama kuat seperti yang dirasakan di dalam realiti. 

Ulasan: Simple WORDS, mimpi basah!



sumber: sini



No comments:

Post a Comment