Monday 18 June 2012

Sokonglah Orang Yang Anda Sayang!

kadang - kadang kita perlukan 'sokongan' lebih dari 'nasihat' dalam setiap tindakan kita.



Pernah tengok cerita three idiots lakonan Amir Khan? Pernah ambil friendship value dia? “Just do whatever makes you happy and do what you like. If you don't like your job, you'll never be successful. Do what you're good at doing".

Persahabatan mereka adalah banyakkan menyokong apa yang rakan mereka lakukan dan kurangkan nasihat apa yang rakan mereka tak nak dengar.

Situasi 1

A : Aku rasa nk berniaga lah.
B : ko ada skill ke nak berniaga? Modal banyak tau. Risiko. Sekarang ni tak elok kalau nk berniaga. Kewangan tak berapa stabil.
A: Aku ada modal. Aku nk start kecik-kecik dulu. Tak reti boleh belajar bro!. Aku nk bukak bisnes bundle lah kat area kajang.
B : wei, ko betul ke ni? Bundle dah ramai sangat buat. Mana ko nak cari supplier. Kat kajang ni dah berlambak dah orang buat bisnes bundle..
A : Sigh!

Situasi 2

A : Ibu, Angah dapat kos Undang -undang kat Universiti Z
Ibu : Nanti jadi peguam lah ye? Boleh bawak ke undang - undang tu? 
A : Boleh je.. InsyaAllah.. Sebab Angah memang minat nk jadi peguam
Ibu : Peguam ni banyak benda kotor. Nak hafal sana sini. Ibu lebih suka Angah jadi cikgu.
A : Tapi Angah tak suka jadi cikgu.
Ibu : Cikgu ni terjamin. Tengok Cikgu Safura tu, baru je beli kereta Camry. 
A : Anak murid sekarang nakal-nakal.
Ibu : Kenalah ajar budak - budak. Bukan susah. CIkgulah paling senang. Gaji pun tinggi. Senang hati Ibu nanti. 
A : Sigh!


Suka tak kalau korang berada di situasi si A. Instead kita nak raih sokongan dalam apa yang kita buat, kita telah diberi nasihat yang sebenarnya tak perlu langsung. Kita tak suka berada dalam situasi itu, tapi itulah sebenarnya yang kita buat.

Melayu sukar nak memahami perasaan orang lain. Orang nak berjaya. Kita support!.. Kita sepatutnya support walaupun kita tau benda tu berisiko. Yang lebih penting kita tau, dia akan lebih berjaya kalau dia dapat sokongan kita. Kalau tak berjaya? Sokong juga. 

Aku tau kita sebenarnya berhadapan dengan manusia. Pelbagai karenah. Sekarang aku cuba belajar untuk alihkan  perhatian aku lebih pada Tuhan. Sebab aku tau, dia sentiasa redha dengan apa yang kita buat asalkan halal dan berfaedah, Sebab itu dia kata, kerja adalah ibadah. Maka apa kerja yang kau lakukan adalah ibadah. Lihat betapa Tuhan Menyayangi kita dan beri full support dengan ganjaran apa yang kita lakukan adalah ibadah ( pahala )

Motivasi manusia perlukan sokongan!. itu je aku nak bagitau. 

1 comment:

  1. actually kalau minat, walau mcm ana badai pun, tetap some1 tu ble redah

    dah minat kan?

    kita2 kena rr support

    ReplyDelete