Monday 18 June 2012

5 TIPS MEMILIH DURIAN:






Kadang-kadang terasa nak makan durian tapi malas nak beli. Sebab nya aku ni tak reti langsung nak pilih buah mana yang bagus. Serah je bulat-bulat pada penjual. Kalau nak senang, makan je kat situ. Kalau rosak boleh bantai lepas geram time tu jugak. hahaha. 

Kalau dah mengidam sangat, beli je kat supermarket yang dia siap kopek. Adalah sebungkus polistren tu dalam RM15 - RM20. Dah tentu elok dan tak rosak..

So kat sini ada beberapa tips nak beli buah durian. Dicedok dari FB : TryMasak.

5 TIPS MEMILIH DURIAN:

1. Duri-Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah-Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.

3. Bau-Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya. 

4. Kulit-Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. 

5. Goncang Durian-Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Selamat Mencuba =)

No comments:

Post a Comment