Thursday 9 April 2009

islamic empire


seminggu ini, aku telah beli 2 novel yang menceritakan ketamadunan islam.. Yang pertama Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain? yang menyingkap rahsia Al-Quran yang banyak menceritakan Zulkarnain adalah seorang raja yang beriman dan hebat. Namun gelaran Zulkarnain tidak layak disandarkan kepada Iskandar ataupun Alexander The Great mengikut hujah-hujah dan perbahasan dalam buku ini.

Yang kedua adalah Jatuhnya Sebuah Tamadun.. Yang membongkar rahsia kegemilangan dan kejatuhan yang dialami oleh Empayar Tamadun Islam sepanjang zaman.. Kedua-dua isi buku ini mungkin akan dikupas oleh entry yang akan datang..

Apa yang menariknya, di dalam pengenalan buku 'Jatuhnya sebuah Tamadun' ini menceritakan zaman peradaban Islam terbahagi kepada 3 bahagian..

-Zaman Klasik (zaman Nabi Muhammad S.A.W, khulafa al-Rasyidin di Madinah, Bani Umaiyah di Damaskus, dan Bani Abasiyyah di Baghdad)
-
Zaman pertengahan (safawi di Parsi, Mughal di India, dan Uthmaniah di Turki)
-
Zaman moden (dikenali zaman penjajahan Eropah terhadap Islam dan kebangkitan memperoleh kemerdekaan dari penjajah, ini termasuk Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia)

Setiap tamadun akan ada kebangkitan, dan akan ada kemunduran yang silih berganti.. Itu memang tidak dapat dinafikan.. Jadi apa yang menarik perhatian aku, jika sejarah mencatat tamadun Islam gemilang di zaman Klasik dan pertengahan, mengapa tidak ada Kebangkitan Islam di zaman moden? pastinya suatu masa yang akan datang, muncul sebuah kuasa Islam yang gagah, yang tidak mampu ditindas oleh Israel dan sekutunya.. yang mempunyai suara yang kuat di peringkat global..

Bayangkan negara itu adalah negara Islam Malaysia.. Nabi Muhammad sudahpun memberi tunjuk ajar dan teladan bagaimana Baginda mentadbir Madinah yang masyarakatnya terdiri daripada masyarakat yang majmuk.. Jadi Malaysia pun mampu menjadikan Madinah sebagai contoh untuk memacu kebangkitan kegemilangan ketamadunan Islam..

Jadi, yang BERHAK saja yang mampu mentadbir Malaysia untuk kearah merealisasikan Malaysia sebagai satu gagasan Ketamadunan Islam Moden.. InsyaAllah.. Ini terbukti, disebabkan ketamakan kita berpolitik dan merebut kuasa, Pulau Pinang mungkin mengikut jejak Singapura.. Fikir-fikirkanlah..



4 comments:

  1. Bila kita tengok balik sejarah ttg kegemilangan sebenar Tamadun Islam hanya berkisar pada zaman Rasulullah n sampai Umar je. Pasal after then Islam start berpecah. Even kalu tengok zaman Bani Uthmaniah n etc, kegemilangan hanya dinilai melalui keluasan kawasan empayar dan seni bina jer. Pemerintah hanya gila kuasa dan mengumpol kekayaan. Contoh paling jelas bila kita cakap ttg kegemilangan TAJ MAHAL as senibina Islam tp x ramai yg nak tahu kisah hitam dsebalik keindahan 2. cam mana Shah Jehan yg sanggup bunoh bapak sendiri semata2 untok dapat perintah n kekayaan. Duh, so bila tengok balik wat happen kat malaysia skarang ni pon bukan ada beza.. semuanya pasal Islam hanya tinggal nama "NEGARA ISLAM" even realiti kita dah menjadikn agama as pilihan sampingan. Yg penting ialah pangkat dan kekayaan. Duh.. panjang plak.

    ReplyDelete
  2. WAA.. tenkiu AJ baca my posting.. mklumlah entry bout islam, ketamadunan xramai yg amek berat.. len lah its about AF, melodi dsb..

    yup, Saidina Uthman dibunuh, dan tuduhan mengatakan Saidina Ali yang dalangnya.. maka berpecah kpd 2 golongan, penyokong Uthman iaini Bani Umaiyah, di gerakkan Muawiyah (Sunni) dan Penyokong Ali (Syiah)

    Saidina Ali pula dibunuh oleh satu lg golongan yang dipanggil Khawarij.. semuanya kerana gelaran khalifah.. dan kalau kaji, memang bangsa Arab suka bergaduh..

    InsyaAllah, satu hari Islam pasti kuat kembali..

    ReplyDelete
  3. betol3.. kalu nak bincang ttg AF bukan maen panjang lagi komen sempat leh bwat forum khas lg(walupon realiti aku pon tgh demam AF gak)cuma masalahnya skarang ni 1 hari tu bile r plak? Bila bala dah menimpa depan batang hidong sendiri ke baru nak sedar..?

    ReplyDelete
  4. haha mungkin kot.. bala tuh satu penghapusan umat-umat yang mungkar..

    nnti bersihlah dunia seperti mana zaman Nabi Nuh.. hanya yang beriman sahaja terselamat.. segalanya boleh terjadi dengan kekuasaan Allah..

    owhh Alhamdulillah.. Aku dah beli 2 lagi buku. Umar Al-Khatab dan Khalid Al-Walid.. dari dulu lagi minat cuma just x jumpa jerk buku-bukunya.. yang berkualiti dan menarik.. hurmm tinggal nak cari Yakjuj dan Makjuj..

    ReplyDelete