Wedding Planning By Parents


Zaman sekarang susah betul nak mencari seseorang yang belum pernah lagi bercinta... Seseorang yang betul-betul percaya percintaan selepas pernikahan lebih bahagia dan nikmat dari percintaan sebelum pernikahan... Adalah jugak sorang dua orang memember aku yang percaya akan keyakinan ini.. Yang lain rata-ratanya pasti mempunyai pengalaman bercinta..

Dan kes yang terjadi pada seorang member aku, member lama yang bertahun dah x berjumpa, lelaki, yang mana pilihannya x disukai oleh keluarga.. Perkara ini diketahui olehnya bilamana dia menyuarakan hajat untuk bertunang dengan pilihan hatinya sedangkan parents dia sudahpun mengaturkan perkahwinannya dengan anak kepada sahabat parentsnya sendiri dalam masa beberapa tahun lagi..

Dalam zaman macamni pun masih terjadi perkara sedemikian... ingatkan zaman dulu-dulu jerk yang ada.. Rupa-rupanya drama dalam televisyen akan ada juga berlaku pada masyarakat realiti.. Adakah pilhan hati keluarga lebih baik dan perfect.. Bagi aku rasanya tidak juga, bahkan mungkin akan merosakkan sama sekali keluarga itu jika tidak kena pada gayanya.. Jodoh dan kebahagiaan semuanya di aturkan oleh Maha Pencipta..

Bila aku tumpang empathy, susah jugak rasanya berada di kedudukan tersepit tu.. mungkin berbelah bahagi kerana ingin menjaga hati ibubapa, dan dalam masa yang sama perasaan sayang yang mungkin susah nk ditinggalkan.. Dalam keadaan ini, susah nak mencari keadaan menang-menang... Mesti akan mengguris salah satu belah pihak..

Kalau aku, aku akan ambil situasi kalah-kalah... Tak perlu kahwin terus.... dengan pilihan hati dan juga pilhan keluarga, dua-dua xperlu kahwen.. Biar membujang sampai ke tua.. Agaknya kenapa parents dia bertindak sedemikian? payah juga kes macam ni kalau berlaku....

Semoga semuanya yang berada di atas muka bumi ini bahagialah hendaknya yerk...





6 comments:

  1. ala abg epong..xkn kot xnk kawen 22..pe sush laki ade 4 qota kn..hahaha

    laen la sy ni sush...seb bek famili sy suke messi..wahahaha

    ReplyDelete
  2. cet ko ni xabes2 ngn messi.. haha.. yela2 semoga berbhagaia..

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah. Such a great blog.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  4. mst ade sb np parents die nk jdhkn die ngn ank kwn parents die 2 n np parents die xbley trime awek die..cube muhasabah..wawawa

    ReplyDelete
  5. hehe..tol gak.. tapi kecian dier.. jadi mcm drama swasta lak..

    ReplyDelete