Saturday 27 June 2009

Minggu Mesra Mahasiswa UKM


Tak lama lagi pelajar baru nak masuk.. untuk sesi 2009/2010... Sepanjan aku kart UKM, dah 3 kali termasuk ini melihat kedatangan pelajar baru.. dan 2 kali sempat menjadi pemudahcara (PC/Fasilitator) bagi Minggu mesra Mahasiswa... sebelum namanya ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar bagi sesi yang lepas...

Apa yang nak dikatakan, aku rindu menjadi PC bgi 3M.. Seronok... walaupun penat, tapi akhirnya pasti beroleh kepuasan.. Kali pertama jadi PC, terus diangkat ke bahagian pendaftaran.. Pening jugak.. banyak nk kena handle time tuh.. pendaftran beratus-ratus PC, Pengedaran borang aku-janji, tag nama dan sebaginya.. 3 hari sebelum Bermulanya 3M, aku dapat tidur beberapa jam jerk.. penat tapi seronok..

Kali kedua dapat jadi Penolong Ketua Pemudahcara 3M.. yang ini tidak memenatkan sangat.. cuma memantau ke sana-sini.. sudah ada kereta jadi tidak ada masalah nak berulang-alik ke kolej, DECTAR dan Dewan Gemilang..

Aku jadi Pmudahcara khusus untuk pemudahcara bahagian pusat.. Secara ikhlasnya, PC Pusat lagi penat dar PC kolej.. tidak dinafikan kedua-dua ada tugas sendiri, tapi itu hakikatnya.. dan juga PC Pusat perlu mengharungi kekuatan mental yang lebih.. Ada silap sikit, satu UKM akan terasa... Kalau PC Kolej silap, mungkin kesan pada kolej saja..

Apa yang menjadi rindu, rindu nk kemas DECTAR, rindu nk bergaduh dalam bilik mesyuarat dengan PC Kolej, RIndu nak lepak, makan kat bilik Mesyuart, Rindu nk tgk peljar masuk ke Dectrar, dan Rindu kan suasana yang sunyi ketika 3M..

Sekarang ni, kesinambungan diteruskan oleh pelajar junior.. Mereka termasuklah Zharif, Mus, Akmal, Lina dan beberapa lagi pelajar junior PERMAJ.. Nway, Good Luck Kepada mereka dan menjadi penyambung legasi PERMAJ dalam 3M... Train junior-junior dan jangan putuskan kesinambungan ini!!!... Good Luck..

p/s: Gmbar 3M aku ilang kesemuanya, disebabkan external hard disk rosak.. sedihnya..

p/s 2: huhooo.. aku dah abeskan smallville season 8... can't wait for the season 9 to release.. kalo release pon kena tunggu gak, sebab amerika pon x kuar lagi.. duh... dijangka tygan kat sana 2009/2010.. Mcm pelajar 3M laks..



No comments:

Post a Comment