Sembah Takziah - Al Fatihah




Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke hospital tersebut pada sebelah petang hari ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Pengumuman kemangkatan baginda telah di buat oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor di dalam satu sidang media di Bukit Timbalan, Johor Bahru.


Saya turut merasakan bahang dan pilu sesuasana yang meyelebungi seluruh rakyat Johot mengucapkan Sembah salam Takziak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor, pembesar-pembesar Johor, pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang diberkati Allah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.


Sesungguhnya pemergian Baginda teramat dirasai dan terasa satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor serta kehilangan yang besar juga pada Negara..


Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang melakukan amal soleh dan dicucuri rahmat..


Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment