Monday 3 January 2011

Takziah..

" Death leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal "

Kematian meninggalkan kesan pada hati yang tiada penawarnya, kasih sayang meninggalkan memori yang tidak boleh dicuri.. At least itulah terjemahan quote di atas..


Tanggal 1.1.2011 adalah hari pemergian Allahyarhamah Yasmira Shamsuddin pada jam 9 pagi... Seorang gadis yang baik, ceria, cantik, bijak bergaya pastinya meninggalkan kesan yang besar buat kita semua terutama yang mengenalinya secara rapat.. 


Ketabahan arwah dapat dilihat menghadapi penyakitnya yang dihidapinya... Kanser adalah satu penyakit yang pastinya tiada penawar.. Namun ketabahan yang ada dalam diri dan sokongan serta semangat dari ahli keluarga memberikan satu sinar bagi membantu Arwah dalam meniti susur liku-liku kehidupan. Walaupun menyedari dirinya masih di dalam rawatan, arwah tetap bersemangat untuk meneruskan pengajiannya di UiTM, Melaka... Arwah begitu tabah dan cekal kerana meletakkan dirinya sebaris dengan orang lain yang sihat dan sempurna.. Penyakit bukan satu penghalang untuk menuntut ilmu.. Bukan juga satu tembok pemisah yang menghalang kita melakukan kerja-kerja sepertimana orang lain..


Namun Tuhan itu perancang yang hebat. Dia lebih tahu atas segalanya. Dia juga lebih menyayangi adik Yasmira. Al-Fatihah. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mendapat perlindungan dari-Nya... 

Kanan bertudung putih: arwah Yasmira
Berbaju biru: Yasmin


Pada yang tidak mengenalinya, arwah merupakan adik pada Yasmin Shamsuddin.. Takziah dan semoga keluarga arwah sentiasa bersabar dalam menghadapi satu kehilangan yang tiada penggantinya...

" Tuhan tidak akan menduga seseorang melainkan dia tahu hamba-Nya mampu untuk berdepan dugaan tersebut "


Al-Fatihah..





4 comments:

  1. SEDIH AKU BACA...TAKZIAH BUAT YASMIN... WUTEVA HAPPND, LIFE MUST GO ON~

    ReplyDelete
  2. yep.. life must go on.. tapi memories still remain.. rite..

    semoga semuanya tabah meniti hari-hari yang mendatang

    ReplyDelete
  3. yupe..remains and neva can end~
    yap..amin..B strong~

    ReplyDelete