....


“Huh! Gadis Kampung.  Seluar pelik, baju hijau ketat. Tudung biasa, dressing pon biasa-biasa je. Tak ada apa yang istimewa. Tapi manis juga kalau pandang lama-lama”, desis hatiku.

Yep, aku mengaku, sebagai remaja yang dilahirkan di dalam keadaan hutan batu, yang penuh dengan suasana bandar yang penuh dengan kemodenan, aku boleh membezakan taraf hidup masing-masing. Jauh sekali aku nak memperkecilkan mereka. Tidak. Aku sama sekali tidak pernah memperkecilkan seseorang yang datang nya dari kawasan perkampungan dan luar bandar. Cuma mungkin terselit sifat bangga diri wujud dalam hati.

Memilih kawan? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi aku bukan lah pilih kawan berdasarkan dari mana dia datang, dan dari mana asal keturunannya. Aku memilih berdasarkan sikap dan serasi nya dia dengan aku. “First Impression Last Forever”.

Bagi aku dia sama macam perempuan yang lain. Pastinya akan tergagap-gagap untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang lebih urban. Keadaan “culture shock” pastinya akan berlaku bagi dia. Sesungguhnya mentaliti manusia memang susah untuk diubah kan. Kita dah abaikan apa pesan orang tua kita terdahulu. Tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal takut pulak jatuh cinta.

Tapi hari demi hari berlalu. Even tak rapat, tapi dia seorang yang mudah untuk didekati. Yes, aku mengaku dia menepati setiap ciri-ciri yang boleh buat aku terperangkap. Tapi bukan mudah untuk senang mengaku. Maaf. Hati lelaki memang mudah untuk terpikat. Tapi untuk masa hadapan ia memerlukan lebih dari sekadar hakikat. Ia memerlukan penelitian, keputusan yang nekad, dan setiap pertimbangan harus diletakkan di atas neraca kesedaran terlebih dahulu. Banyak yang perlu diukur dan disukat. Pernah dengar barisan ayat sebegini “ lelaki akan memandang setiap wanita yang boleh buat dia tertawan, tapi dalam hati hanya ada seorang saja wanita idaman”.

Lelaki boleh ada berpuluh-puluh skandal, tapi cuma ada satu saja yang dia simpan sebagai permaisuri dalam hati. Percayalah. Sebab itu aku selalu ingatkan kawan-kawan aku, tentang bahayanya lelaki bermulut manis ni. Sebab tu juga kalau aku suka kat mana-mana wanita, aku akan pujuk hati aku supaya berfikir semasak-masaknya. Aku takut aku tertipu dengan tipu daya diri sendiri. Biasanya aku akan simpan dan buang sejauh-jauhnya perasaan sendiri.

Tipu. Tipu kalau kami manusia tiada perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Tapi perlu bertanya pada hati adakah dia benar-benar perasaan sayang atau sekadar pengisi kekosongan perasaan yang mati. Melayan? Tanyalah lelaki mana yang tak melayan kalau ada perempuan turut sama melayan. Tapi percayalah perasaan nya adalah sangat jauh berbeza.

p/s: sambung kemudian.. aku ngantuk giler.. kesan ubat selesema.. anyway.. ini Cuma cerpen pendek.. jangan salah sangka =D

No comments:

Post a Comment