Tak Usahlah Nak baca



Tak usahlah nak baca kalau tak nak baca. Saje je. Minggu ni memang minggu yang paling menekankan. Dengan lab work yang tak sudah-sudah. Dengan perasaan malas yang dah mencecah ke beribu degrees. Macam tak reti nak grade je tahun ni.  Apatah lagi perasaan ini mula menekan-nekan. 


Perasaan ini sukar hendak digambarkan. Sayang seribu kali sayang, menang jadi bara, kalah jadi abu. Tak semua niat kita orang lain tahu. Apatah kejujuran kita dan keihklasan kita selama ni menjadi satu senjata yang mula menikam diri sendiri. Pedihnya sukar digambarkan dengan kata-kata. Hibanya hati tak akan dapat disukat dengan neraca.


Bila kata-kata menjadi manisan di dalam medan maya ini. Seolah-olah menagih simpati bukan? Tidak. Ini bukannya simpati, ini adalah satu pemahaman hanya untuk diri sendiri. Hanya kita yang memahami diri kita sendiri. Apa kemahuan kita, biar ia terlaksana dengan kudrat sendiri. 


Sulam benang, tekad rapat-rapat. Jangan biar kain dicarik. Jangan biar benang terputus. Jari yang dicucuk jarum, darah yang mengalir, sakit dipendam rasa. Biar saja berparut, nampak tapi disembunyikan. Sembunyi sampai mati.


Sayang seorang ibu, takkan biarkan anak tidak menyusu. Sayang seorang ayah, takkan biarkan anak bersusah payah. Sayang seorang hamba, takkan biarkan orang lain derita. Sayang seorang insan, hanya mampu ditafsir oleh Tuhan bagaikan 


Pena mampu membunuh. Kata-kata mampu menghiris. Mengharap pada yang tiada, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Pandang depan, disitu ada masa depan. 


Semoga apa saja niat kita, simpan saja dalam hati, biar orang tidak tahu tapi di atas lebih mengetahui. Andai tiada rezeki, umpan diberi, ikan tak akan mari.





No comments:

Post a Comment