Monday 1 March 2010

Kenapa aku sayangkan PERMAJ


Sebut pasal PERMAJ, memang terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi.. Terlalu banyak kenangan yang ingin dibicara.. Siapa kata PERMAJ tidak ada cacat cela? ada.. Banyak.. Tetapi setiap lompong kelemahan itu dapat ditutup dengan jayanya oleh setiap mereka yang sayangkan PERMAJ.. Kami sayangkan PERMAJ bukan dari bicara semata-mata... Kami sayangkan melalui tindakan, perubahan ke arah kebaikan bersama.. Bukan sekadar omong kosong...

Kenapa aku sayangkan PERMAJ

1- PERMAJ adalah keluarga.. Kami bergaduh, Kami berselisih.. Tapi sayang tidak pernah merasa tersisih.. Gurau senda dan ketawa lebih bernilai dari segalanya... Carik-carik bulu ayam, lama-lama kembali juga.. Kami memang sebuah keluarga yang didalamnya terselit suka dan duka.. Yang dikongsi bersama.. Kami keluarga yang berkongsi masalah dan rahsia.. Kami keluarga yang di dalamya saling sokong menyokong antara satu sama lain.. Kami keluarga yang rasa sayangnya kepada abg2, kakak2 dan adik2 tidak pernah luntur...

2- PERMAJ adalah sebuah persatuan yang sangat supportive... Dari Alumni yang terdahulu sehingga ke exco-exconya... Kalau ada yang terluka, tak kan lama.. Sayang itu akan bertaut kembali.. Biasalah adik beradik kan.. Marah abang kerana sayang.. Marah akak kerana kasih... manja adik inginkan belaian dan tunjuk ajar.. Sekasar mana Alumni, teguran itu kena dengan caranya.. Dan ada point pengajarannya.. Kami tidak marah kerana ingin tunjukkan keegoan kami.. Kami alumni tidak marah kerana ingin tunjukkan kekuasaan kami.. Apa yang abg2 dan akak2 dulu ajar adalah kesinambungan untuk tradisi kecemerlangan PERMAJ di masa hadapan...

3- PERMAJ adalah gedung ilmu... PERMAJ adalah sumber saluran ilmu yang tidak ada dalam pembelajaran akademik di kuliah2.. Dari cara membuat minit mesyurat, membuat surat, proposal marketing kepada penaja serta jemputan untuk Menteri-menteri.. Semuanya diajarkan disini.. Dari bercakap sebagai pengerusi majlis, meluahkan idea di meja mesyuarat sehingga ke memberi ucapan di hadapan2 VIP juga dianugerahkan sebagai ilmu disini.. Ilmu sosial, bagaimana kita bercakap dengan masyarakat akademik dan bukan akademik.. Cara bergaul mengunakan pendekatan psikologi dan motivasi...

4- PERMAJ bukan saja ada dalam satu zaman... PERMAJ telah mengumpulkan ribuan ahli dan exco sejak 34 tahun dahulu... Masih cintakan PERMAJ, masih syangkan PERMAJ, masih bertanyakan khabar PERMAJ.. Masih membantu PERMAJ.. Kerana bagi mereka, dan bagi saya... PERMAJ lah tempatku bermula...

5- dengan PERMAJ kita lebih rasa dihargai... betuk tak? dengan PERMAJ kita rasa bakat kita sebagai pemimpin digilap dengan sepenuhnya... Bila kita dalam PERMAJ, setiap idea kita diterima.. Dihargai.. Bukannya diherdik, ditolak lalu dibuang jauh2.. Itu yang aku rasa dalam PERMAJ.. Kita tertarik dan mendekati bukan sebab takut, bukan sebab dipaksa.. tetapi ada satu aura semulajadi mendekatkan kita dengan PERMAJ.. Sebenarnya sebab kita DIHARGAI dalam PERMAJ... pendapat kita, idea kita, cadangan, buah fikiran, kritikan kita semuanya diterima tanpa ada rasa ego dan pentingkan diri.. itu yang berlaku dalam PERMAJ.. keep it on..

6- PERMAJ adalah sebuah organisasi yang sangat tersusun.... Secara peribadi, aku memang rasakan PERMAJ mempunyai organisasi terancang dan tersusun.. Kemas.. Teratur.. Pengisian yang mampat.. Top.. Memang ada kalanya kita dapat rasakan kelemahan dari segi protokol, komunikasi.. Tapi ianya tetap terbaik.. Secara peribadi aku... Dan kelemahan itu, aku percaya akan dapat diatasi kemudian kelak...

PERMAJ tidak akan pernah putus alasan kenapa aku sayangkan nya.. Kerana ia tempat bermula.. Jagalah PERMAJ dengan sebaik mungkin.. Kerana ia adalah satu-satunya keluarga yang terbaik di alam Universiti.. Hari ini, demi kepentingan keluarga kita bersama.. Jika ada satu hati terluka, semuanya akan terluka... Jika ada satu hati resah.. Semuanya akan gelisah.. Jadi jika ada kerterlajuran dalam setiap perbuatan mahupun kata-kata.. Kita sama2 saling memaafkan antara satu sama lain.. kerana kita bukan sesiapa.. Kita adalah PERMAJ, dan PERMAJ adalah kita... Mari kita mulakan sekali lagi tradisi kegemilangan PERMAJ untuk zaman baru, sesi baru dengan hati yang penuh suci... GOOD LUCK....

2 comments:

  1. betul ke Permaj msh de pegang konsep KEKELUARGAAN.xco sesama xco mungkin yer,xco sesama ahli mungkin yer,xco sesama senior sesama alumni mungkin ker??rase cam dah makin jauh ngan alumni.
    apa ada pada alumni?
    apa kepentingan alumni?
    jgn lupa keahlian PERMAJ seumur hidup.
    PERMAJ bkn hanya ada pd xco2 shj tp diluar juga PERMAJ masih ada..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah abg/kakak... ini yang kita mahu perbaiki.. InsyaAllah dengan semangat kita akan perbaiki terutama hub exco-alumni..

    Tapi secara peribadi yang saya nampak.. Mereka x mencari, kita pon x mendekati... Jadi sama2 kita kekalkan dan rapatkan apa yang telah dekat...

    nanti saya syorkan pada exco baru agar mantapkan hub exco-alumni.. Thanks :)

    ReplyDelete