Hidup.

Hidup ni sentiasa adanya unsur susppen
Hidup ini penuh dengan dugaan yang tiada tersangka
Entah bila kita akan dapat bertenang dan menghargai tiap-tiap sesuatu kejadian
Fikiran yang matang belum cukup tersedia menghadapi masalah
Apa lagi minda yang mentah untuk mengenali alam dewasa
Apakah kita bersedia membiarkan cerita peribadi kita diketahui orang lain
atau memendam rasa sehingga rasa ke tulang belulang

Keringkah air mata kita untuk menangisi kekecewaan
Sukarkah kita mensyukuri nikmat yang ada
Apakah kita terlupa tiap-tiap sesuatu pasti ada bahagianya
Tapi jalan yang mana akan menemui cahaya
Jalan yang mana yang akan memecah penderitaan insan

Kalau ada dua hati yang perlu dijaga
Hati mana yang akan tercarik luka
Hati yag mana lebih berharga
Hati yang mana perlu diutama

Diluah mati bapa, Ditelan mati emak
Menarik Rambut Dalam Tepung, Rambut Tidak Terputus, Tepung Tidak Berselerak


2 comments:

  1. kadang2 manusia sabar dengan hidup

    kadang2 manusia x sabar dengan hidup

    yang penting jgn buat perkara2 bodoh ye wahai encik tuan punya blog...semua orang pun kadang2 x trtanggung ngn cabaran hidup tapi pasti ada kemanisan dalam hidup...

    ReplyDelete