Tuesday 13 October 2009

Trip ke Merapoh







Kali ni entry pasal trip ke Hutan Merapoh pada 9-12 Oktober di Sungai Relau, Hutan Merapoh, Pahang.. Trip ni bertujuan nak mengambil sampel tanah di 3 rentis berbeza iaitu rentis intepretatif, rentis palas dan rentis negeram... 











Pada hari jumaat bertolak dari FST jam 4.30 petang disebabkan masalah teknikal.. Kalau diikutkan jadual, bertolak dalam jam 2.30 petang dari FST.. Semua alatan-alatan dah dibawa termasuk boxes untuk penggambilan sampel dan barang-barang yang diperlukan... Epul sebagai lab assistang bertindak sebagai pengiring kepada rombongan ke Merapoh ini.. hehe.. Walaupun banyak masalah berlaku sebelum pergi.. 





Nasib baik kitaorang dapat Driver yang macam 1Malaysia.. Kira Sporting lah gak.. Tapi banyak membebel.. Dan kurang sabar.. Perkenalkan Bob The Driver.. Boley buat citer kartun animasi menggantikan Bob The Builder..


Sampai di sana jam 11.00 malam.. Terus diberi bilik yang mempunyai 3 katil.. Pemandangan malam disini sedikit gelap.. Maklumlah kawasan Hutan SImpan Negara.. Setelah diberi penerangan serba sedikit mengenai aktiviti esok pagi.. Kami pun bersambung hajat tido dibilik yang disediakan..








Esok pagi selepas sarapan, sempat sedikit nak snap gambar-gambar di kawasan sekitar.. Suhu pun sejuk dan lembap.. Tenang dengan kicauan burung.. Di kawasan sekitar juga terdapat kawasan pembiakan ikan kelah.. Ikan ini dibiakkan dan akan dilepas kembali ke dalam sungai bila tiba waktunya.. Tapi gambar kawasan pembiakkan ikan kelah ini tak sempat di'snap'..





Selepas sarapan dan meng'snap' gambar.. Dalam jam 10.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan pengambilan sampel di rentis interpretatif... Habis meredah rentis tersebut dalam jam 11.30 pagi.. Disambung aktiviti meredah rentis palas pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.. 





Aktiviti meredah rentis-rentis ini diketuai oleh renjer Taman Negara yang baik hati dan juga sporting.. En Hadi..


Taman Negara Merapoh ini terletak bersempadan Pahang dan juga Kelantan.. Sempadan Merapoh dan Gua Musang.. Bandar yang terdekat dari Taman Negara ini ialah Gua Musang, Kelantan kira-kira 30 minit perjalanan berbanding Kuala Lipis, Pahang mengambil masa hampir satu jam perjalanan...





Selepas meredah 2 rentis yang pertama, dalam jam 6.30 petang, Bob the Driver sudi membawa kami ke bandar Gua Musang... Untuk mencuci mata dan bershopping... Destinasi pertama adalah GM Kopitiam.. GM barangkali membawa maksud Gua Musang.. Selepas GM Kopitiam, kami dibawa ke EconJaya... Shopping Centre yang terkenal di bandar Gua Musang ini.. Tidak beli apa-apa.. Hanya sekadar mencuci mata.. 








Setelah penat mencuci mata, kami dibawa ke Kedai Makan Seafood.. Harga yang ditawarkan berpatutan.. Harga bagi Ikan Talapia Claypot hanya RM19.00...



Keesokkan paginya setelah sarapan.. Dalam jam 10.00 pagi.. Kami dibawa En Hadi merentas rentis Negeram.. Rentis terpanjang sekali diantara ketiga-tiga rentis.. Untuk makluman, rentis ini adalah rentis dimana aku perlu mengambil sampel di sepanjang rentis.. Hasilnya terdapat 4 sampel tanah diambil dari rentis ini..





150 m - Dibawah pokok
400 m - Di lopak air
850 m - Tanah yang menerima pendedahan cahaya matahari
1200 m - Tanah di bawah kayu-kayu reput





Kesemua ketiga-tiga rentis ini, kami bukan saja membawa pulang sampel tanah.. Tetapi membawa juga pacat yang berkeliaran di dalam Hutan.. Ketika di rentis palas sebelum ini, hujan mulai turun menyebabkan pacat-pacat naik ke tanah dengan banyaknya... Sebaik saja keluar dari rentis, dan membuka stokin, 3-4 ekor pacat sudahpun berada di kaki masing2.. Menunggu kenyang dan jatuh ke tanah semula.. Epul, lab assist yang mengikuti perjalanan ini, paling banyak sekali menerima gigitan pacat..


Petangnya selepas pengambilan sampel di rentis Negeram.. Selepas meggi untuk santapan tengahari.. Kami dibawa En Hadi ke Santuari Ikan Kelah.. Kata beliau disitu kita boleh memberi makan ikan kelah yang jinak dan bermain-main dengannya..




Perjalanan bermula jam 2.30 ptg dengan menaiki kenderaan 4wd.. Untuk menuju ke santuari ikan kelah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan jarak 14 km.. Dalam perjalanan, dapat melihat alam semula jadi disekitar jalan sepanjang perjalanan.. 





Setibanya di santuari ikan kelah, kami mengambil gambar di Rentis Gunung tahan.. Laluan untuk para pendaki ke Gunung Tahan melalui merapoh.. Permulaan rentis ini dimulakan dengan jambatan gantung.. Di beritahu, dari Merapoh ke Puncak Gunung Tahan mengambil masa 2 hari naik dan 2 hari turun... Berbanding dari Kuala Tahan ke Puncak mengambil masa 7 hari naik dan turun.. 









Di santuari ikan kelah, kami memberi makan kepada ikan-ikan melalui botol kecil.. Ikan-ikan ini dengan sendirinya akan ke botol itu seolah-olah menyusu dari botol tersebut.. Ikan Kelah bewarna kemerah-merahan.. Diberitahu juga oleh En Hadi, Ikan kelah ini boleh dilambung-lambung.. Kami tidak begitu berani, hanya menyentuh.. Segala peralatan seperti google dan snorkelling diberi untuk melihat ikan dengan lebih jelas dalam air..











Dalam perjalanan pulang dari santuari ikan kelah, kami dibawa ke Menara Seraya.. Menara yang dibina bertujuan untuk melihat kehidupan flora dan fauna.. Sesuai untuk mereka yang mencintai alam semula jadi dan gemar memerhatikan habitat semulajadi.. Jadinya untuk sesiapa yang berminat, wajib membawa binokular dan kamera yang mahal-mahal.. Baru puas hati.. 





Dari menara ini juga kita boleh melihat Puncak Gunung Tahan.. Mengikut gambar yang diberi, puncak Gunung Tahan berada di sebelah kanan sekali.. Mungkin kerana nasib baik, waktu gambar ini diambil, cuaca yang tidak berkabus menyenangkan pemandangan puncak Gunung Tahan. 


Perjalanan pulang ke bilik dinikmati dengan sepuasnya.. Setelah kesejukkan meredah sungai, kini dihidangkan pula angin dari deruan 4wd merentas perjalanan pulang..











Keesokkannya, sebelum pulang ke UKM.. Kami dibawa ke bilik pameran yang disediakan di Taman Negara ini.. Pameran ini sedikit sebanyak menggambarkan habitat semula jadi haiwan-haiwan yang ada disini.. Dan menggambarkan kepelbagaian flora dan fauna yang ada di salam Taman Negara ini..








Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama En Hadi.. Perjalanan pulang bermula dari jam 10 pagi dan sampai ke UKM pada jam 4 ptg..


Special Thanks pada Dr Kalaivani, My Thesismate, Epul as Lab Assist, Bob The Driver, En Hadi as our Guide... And alls yang memberi kerjasama sepanjang trip ini.. Thanks Again..

No comments:

Post a Comment