We are Muslims





Siapa kamu..? Syiah, Wahabi, Pengikut Syafie, atau Imam Hambali, atau Imam Malik atau pahaman mana pun kamu ikuti, kamu adalah muslim. Kamu anuti agama Allah, kamu ikuti sunnah Nabi Allah, Nabi Muhamad S.A.W.. Jadi mengapa harus membiarkan darah kita sesama muslim mengalir di tangan-tangan Musuh agama..


Sekarang kecoh isu hangat Israel menyerang Bantuan untuk Gaza.. Ikut akal, ikut hati bahkan ikut nafsu sekalipun kita sedar yang ia memang salah dan melanggari hak-hak kemanusiaan. Tapi itu Israel. Kejam adalah norma kehidupan mereka. Biadap. Tapi kita sekarang lemah, tidak berdaya.. Semua muslim di dunia hanya terus berdoa dan menunjukkan protes di hadapan kedutaan Amerika dan Israel.. Adakah dengan tunjuk perasaan dan perhimpunan itu mampu menghentikan kekejaman Israel. Tentu tidak sama sekali. Tapi sekurang-kurang nya itu adalah usaha kita untuk menunjukkan kepada dunia siapa itu Israel..






Lihat pada saf di atas. Paling senang lihat pada Solat Jumaat atau Hari Raya (sebab ramai jemaahnya).. Melalui situ kita boleh tahu tentang betapa kuatnya ummah umat Islam pada zaman ini. Jadi anda boleh taksirkan sendiri apa yang dimaksudkan sendiri..

Sabda Nabi SAW Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Lihat pada hadis di atas, ditekankan WALAUPUN KAMU TERPAKSA MERANGKAK DI ATAS SALJI. Ditekan kan di situ.. Andai kata takdir Allah, kamu melihat Panji-panji Hitam melintasi kawasan kediaman kamu keesokan harinya, dan kamu yakin ianya adalah tentera Agama Allah, adakah kamu sanggup meninggalkan ibu bapa kamu, anak isteri/suami kamu, awek, pakwe, saudara mara, dan rakan-rakan.. Saya sendiri tidak pasti jawapan yang akan saya keluarkan jika ditanya soalan begitu. Anda? Tepuk dada tanya iman anda..


Apa yang dapat disimpulkan disini, ayuhlah wahai Saudaraku, aku berpesan pada diri sendiri dan kalian saudara seislam, mari kita kuatkan ummah, kita kuatkan doa, kita kuatkan iman, kita kuatkan akal, kita satukan saudara-saudara kita yang berpecah, kita yakinkan kemenangan kita, kita bela agama kita, kita pertahankan darah suci mujahid yang gugur ke bumi dan kita kembali tegakkan bumi ini dengan Agama Allah.


Kita perlu bersatu sebelum menggempur tentera musuh.. Darah yang mengalir ini tidak akan damai selagi Agama kita dipijak-pijak, diherdik dan dihina. Rasul kita di herdik dengan biadap. Apakah kita perlu berdiam diri. Dengan diri kita yang tidak berdaya.. Panjatkan doa kepada Allah, semoga suatu hari nanti, keimanan akan tebal dalam hati kita, mengikuti perjuangan tentera Allah.. Dan Israel serta Dajjal laknat itu akan hapus dari muka bumi ini..


Aku bukanlah seorang insan yang kuat imannya.. Aku juga banyak dosa, tapi marilah kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Semoga Allah akan menunjukkan jalan kebenaran kepada kita dan membenarkan kita mengikuti perjalanan tentera-tentera Islam. Allahuakbar!!

2 comments:

  1. jom pong cukup'n solat 5 waktu setiap hr, bersolat jumaat setiap minggu dan mendoakan keselamatan dan keamanan org2 Palestin setiap hr...insyALLAH dgn amal ibadat kita sedikit sebanyak akan dpt membantu mereka..

    ReplyDelete
  2. haih.. ckp macam aku xcukup semyang dan xsolat jumaat je..

    insyaALlah.. :)

    ReplyDelete