Wednesday 22 September 2010

Bad Habit: Air Kosong

Air kosong adalah air yang kosong.. ahaha.. Atau ada yang lebih mesra dengan air masak, air jarang, air biasa, air sejuk (walaupun tak sejuk) dan untuk lebih komersial, boleh lah dinamakan sky-juice...


Umum tahu yang kita ni sebagai manusia kalau hendak sihat kenalah minum air yang kosong ini sebanyak 8 gelas sehari.. Ada yang lebih atau ada yang kurang pengambilannya. Ikot selera masing-masing lah kan...


gambar adobe yang dibuat semasa proses membuang masa


Tapi aku, sebulan pun belum tentu segelas!.. betul-betul bad habit kan.. Siyes! memang kadang-kadang aku xambil langsung air kosong ni lebih dari sebulan.. Then baru teringat, Eh! aku tak pernah minum air kosong pon.. Jangan tanya kenapa aku tak minum.. ahaha.. lupa kot..


Untuk menambahkan lagi bad habit ini.. Aku sama sekali tidak boleh minum air kosong ni di kedai mamak, atau di warung-warung, air reverse osmosis dan water cooler.. Tekak ni hanya dapat menerima air mineral dan air kosong kat umah aku je.. demand kan! Lagi satu air sungai gunung jugak dapat memenuhi selera ni.. Yang ni lagi best.. aman, sejuk dan manis je rasanya.. memang fresh..


Aku takut jugak nanti satu hari nanti sakit buah pinggang atau ape-ape kesakitan, and then kena cucuk masuk air nak bersihkan apa yang tak bersih.. takut! masa doc nak amek darah untuk test demam denggi pon aku cabut apatah lagi nak kena cucuk masuk air.. dem! 


dah tulis entry ni baru terpikir belom minum air kosong ni dah berapa lama dah untuk bulan ni? lagi-lagi bulan puasa ngn raya.. air manis jew yang ada..


p/s: nak minum ke x ek?

2 comments: