Wednesday 1 September 2010

Erti Kemerdekaan

Hari ni 1hb sept 2010. Tak terlambat sangat rasanya nak mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53 buat semua warga Malaysia.




Apa yang korang tau makna merdeka? Soalan klise kan yang biasa ditanya dalam temu ramah bila ada wartawan datang nak buat liputan kemerdekaan. Maka banyaklah jawapan yang timbul. Merdeka adalah kebebasan. Merdeka adalah jasa pejuang-pejuang terdahulu. Merdeka adalah bermakna tidak dijajah dan pelbagai 1001 jawapan pasti ada tentang merdeka. Bila dirujuk pada kamus dewan. Ini maknanya;


/merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri:


Pada pandangan peribadi Merdeka bukanlah sesuatu yang boleh ditakrif hanya bersandarkan kata-kata. Merdeka dapat ditafsirkan dengan jati diri, kelakuan, sifat, pemikiran, semangat rakyat dan bangsanya. Kalau setakat kata dan laungan Merdeka! tidak dapat membuktikan anda mempunyai semangat patriotik yang tegar. Tidak bermakna kalau sekadar bangga memegang panji jalur gemilang tetapi gentar berhadapan dengan musuh tatkala seruan mempertahankan negara berkumandang. Jikalau apa pun tanggapan anda tentang merdeka, tindakan mesti mengatasi bicara dan kata. Bukan setakat pandai cakap atau menjual maruah bangsa dan negara pada negara luar!..


Panas juga hati bila ada facebook rakyat Malaysia menunjukkan hilangnya semangat kemerdekaan dengan mengeluarkan status lebih kurang begini;


wtf merdeka, selagi ada kronisme dan korupsi, kita masih lagi dijajah


Mungkin ada yang setuju dengan dia, mungkin ada yang tidak. Tapi kasihan, mungkin dia bijak dalam sejarah Malaysia, tapi kurang cerdik dalam sejarah bangsa lain terutama sejarah tamadun Islam. Sebab apa aku kata begitu, mungkin Tuhan telah merencanakan sebegitu rupa kerana tidak ada yang sempurna. Korupsi akan terus berlaku begitu juga dengan kronisme cuma yang berbeza tahap pengawalan dan kadar kekurangan amalan itu berlaku.



Secara kasar kalau bapak dia menjadi pemerintah tertinggi pun sedikit sebanyak akan wujud jugak kronisme dan juga korupsi cuma sedar tak sedar je!. Parti memerintah atau parti pembangkang kalau dapat memerintah pon akan ada juga penyelewangan, korupsi dan berbagai salah laku. Atau korang obses dan taksub sangat dengan parti masing-masing sehingga menidakkan kenyataan ini?



Dan kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang kita kecapi. Dan tolong jangan rosakkan negara kita dengan meniupkan sentimen perkauman. Dan tolong jangan nak menjadi hero bangsa dengan menolak satu persatu hak keistimewaan orang melayu. Dan tolong juga jangan nak menjadi wira bangsa dengan menidakkan hak bangsa lain di Malaysia ini.  Kita dah lama hidup dalam keadaan serba damai ini kenapa baru sekarang hendak merosakkannya!


p/s: Teringin sangat nak tengok Malaysia ini menjadi satu negara yang wujud dengan sistem khilafah lengkap dengan sistem matawang islam, undang-undang islam dan pentadbiran islam. Boleh ke?

No comments:

Post a Comment