Thursday 1 July 2010

dugaan tuhan



kita merancang tetapi yang menentukan adalah tuhan di atas yang maha Esa... aite? semua orang pon tahu... dan kita masih lagi mendengar pelbagai madah dan kata yang memujuk diri sendiri.. barangkali pon boleh dipujuk hati orang lain...

contoh

Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita boleh belajar tentang cinta dan erti kehidupan
atau

Tuhan mendatangkan hujan dan ribut kepada kita.. Tetapi kita tidak menyangkakan yang dibalik hujan dan ribut itu akan terbit pelangi yang cantik dan indah
ataupun

Tuhan tidak akan mendatangkan sesuatu kesusahan dan dugaan kepada kita melainkan Dia tahu kesanggupan hambanya untu menanggungnya..

 Tetapi berapa ramai yang makan dengan kata-kata motivasi ini... Bak kata pepatah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Kepada sesiapa yang dtimpa masalah tu.. its ok, its orite.. this problems is just one step utk menjadikan kita lebih berhati-hati, lebih berdikari, lebih matang dalam menilai sesuatu keputusan, menjadikan kita cekap, tepat dalam menilik hati seseorang...

Dan aku?

Masih mengharap agar semuanya berlaku dengan sempurna.. Kerana aku juga tidak makan dengan kata-kata ini kerana susah nak pujuk hati yang sedang kalah dengan dugaan yang datang satu demi satu...

Masih berharap......

No comments:

Post a Comment