Wednesday 21 July 2010

Misteri Sejarah Yang Hilang..



Sejarah penuh dengan misteri yang kadang - kadang kita tak pernah terpikir pon dek akal..  Baik dari segi sejarah Melayu, sejarah Islam dan juga Sejarah kewujudan Manusia itu sendiri..


Jadi aku akan listkan beberapa kehilangan rekod dalam sejarah ataupun misteri yang sekarang hangat diperkatakan dalam bentuk quote satu persatu.. sebelum itu, ini semua adalah hasil pembacaan aku yang memang minat sangat dengan sejarah... nak details, korang cari lah atau pun google...


misteri kewujudan freemason atau illuminati yang sangat berkait rapat dengan kedatangan false messiah - dajjal.. yang ni for sure ramai yang tau.. dikatakan beberapa artis barat terkenal malah ada jugak pemimpin kita ni berkaitan dengan gerakan bawah tanah ni.. 

susur galur asal usul melayu.. ramai berpendapat keturunan melayu ni asalnya dari Indonesia.. Maybe that right tapi before Indonesia, mana lak asalnya..Justeru itu ada yang mengatakan asal usul melayu ini datangnya dari Keturunan Nabi Ibrahim a.s melalui isteri ketiga baginda bernama Keturah.. Dan tanah melayu sendiri adalah tanah yang dijanjikan untuk keturunan Nabi Ibrahim. Tanah Melayu ini bukan setakat Malaysia tapi adalah satu rantau nusantara ini.. Di sini dapat dilihat tentang kedatang panji-panji hitam dari Timur.. Ada juga yang mengatakan Melayu ini adalah dari Bani jawi ataupun adalah dari kalangan Bani Israel yang hilang.. keliru? Banyakkan pembacaan...


Ada juga yang mengatakan sebelum Bumi ini didiami oleh bangsa Manusia, terdapat kewujudan kaum lain yang mana Allah telah menghapuskan mereka dari muka bumi ini.. Jadi terdapat beberapa tinggalan mereka yang membingungkan manusia zaman sekarang.. Ada yang mengatakan teknologi mereka terlalu canggih jika hendak dibayangkan oleh zaman sekarang.. Maka terdapat sisa kecanggihan teknologi mereka..


okeh, katakan memang Adam a.s yang pertama menduduki bumi, jadi teori makhluk sebelum manusia wujud itu tidak ada.. terdapat juga misteri yang membingungkan.. bagaimana pyramid, taman tergantung babylon, stonehedge, pyramid mexico, kota atlantis dan sebagainya boleh dihasilkan.. begitu juga dengan bahtera nabi Nuh yang boleh dibina dengan begitu besar.. maka wujud pelbagai teori teknologi dulu sememangnya canggih dari sekarang.. tapi telah terhapus oleh kerana kezaliman mereka sendiri dan kemungkaran yang telah mereka lakukan..


Dalam buku-buku sejarah, kita belajar ketika pahlawan melaka menentang portugis, mereka semua menentang dengan sejumlah tentera yang besar, pasukan bergajah, keris dan lembing.. tapi itu catatan sejarawan melayu.. terdapat beberapa catatan dari arkib portugis sendiri ada mengatakan sebenarnya pahlawan melaka itu bertahan menggunakan senapang dan meriam-meriam yang canggih.. boleh lihat bagaimana sejarah kita telah digelapkan.. untuk pemahaman visual, boleh lihat filem Queen of langkasuka dari Thailand mengambarkan kehebatan pahlawan siam dan melayu dengan teknologi yang canggih pada ketika itu..

 ada juga yang mengatakan pihak Malaysia telah lama menyimpan senjata teknologi yang canggih warisan nabi Allah Sulaiman untuk peperangan akhir zaman nanti..


zaman teknologi maklumat membuatkan kita senang sangat bertukar-tukar informasi.. kadang-kadang aku sendiri pon tidak tahu konspirasi ini benar atau pun tidak.. Maybe ada yang benar, maybe juga ada yang telah ditokok tambah.. atau lebih menakutkan  ianya adalah propaganda dari pihak yang menentang Islam itu sendiri.. Kesemua teori ini sebenarnya disokong oleh fakta dan hujah-hujah yang bernas.. adakalanya hujah itu dikuatkan dengan Al-Quran dan hadis-hadis.. jadi sukar akal kita untuk menentukan yang mana benar yang mana salah.. 


Mungkin ini yang dikatakan zaman yang mana fitnahnya begitu besar.. Mungkin boleh untuk kita percaya tapi bukan taksub.. Hanya Allah yang maha mengetahui atas apa yang berlaku di langit dan di bumi.. Semoga Allah jua yang membuka pintu hati kita untuk melihat kebenaran.. dan semoga Allah juga akan memberi kita sedikit kelebihan ilmu untuk berjuang di jalan Allah di peperangan akhir kelak..

No comments:

Post a Comment