Thursday 29 July 2010

bila tiba masanya

ihsan dari google



Lately aku gemar menjadi silent reader kat forum cari.com.. then terbukak satu thread berkenaan exprience kenalan atau sedara yang mengalami peristiwa pelik ketika bersama dengan arwah-arwah satu ketika dulu.. atau senang difahami dengan bahasa kasarnya adalah term buang tebiat...


Takut jugak bila baca terutama melibatkan orang yang rapat seperti ibu, ayah dan adik beradik sendiri.. takut sebab kita tidak pernah bersedia dan tidak setabah mereka untuk mengharungi peristiwa yang pahit itu..


Orang yang nak meninggalkan kita ni biasanya akan meninggalkan perkara-perkara pelik, seolah-olah dia dah tahu bila tiba masanya.. kadang-kadang kita yang berada berhampiran pun tak tau itu adalah petunjuk atau petanda untuk kita.. bila dia dah tiada, baru kita sedar satu persatu kelakuan pelik itu sebenarnya bersebab..


Lately teman sekerja kat KAMDAR baru je meninggal dunia, umur 22 tahun akibat eksiden motor dengan lori.. dalam 2 jumaat sebelum ini.. aku last day kat KAMDAR hari rabu, dan dia pergi meniggalkan KAMDAR pada jumaat minggu yang sama... waktu kerja ketika menggulung kain atau susun kain dia akan selalu termenung dan senyum sensorang.. kalau ada staf yang tegur, dia senyum saja.. sampai akak supervisor tu kata inilah akibat belajar tinggi-tinggi.. ishh tak patot betul akak tu, yelah time tu semua orang tak perasan lagi.. aku pon ada dosa jugak sebab aku pun ada mengata dia, yelah kadang-kadang dia tgk cermin then senyum sorang-sorang..sesiapa pon yang tgk mesti pikir something wrong somewhere.. malam last kat KAMDAR , ada staf bagitau dia cakap sendiri di depan cermin..


Dia ni diploma dalam bidang rekaan fesyen, so kebanyakkan patung kat KAMDAR tu, dia lah yang design.. tapi nak dijadikan citer, malam last tu, dia balut mostly patung dengan kain putih.. aku sendiri tgk bila melawat next 3 days.. sampai ada staf tegur “ ko ingat patung tu mayat ke balut macam kain kapan” (lebih kurang lah).. dia as usual just senyum je..


malam tu jugak sementara tunggu nak punch card jam 10 malam, dia duduk kat satu sudut dan nangis sorang.. yang pelik semua staf perasan tapi takda sorang pon yang tegur.. then after tu dia cakap untung semua ada orang nak dirindu dan ada orang untuk dirindu.. dia mengadu dia takda sesiapa pun nak rindu.. lepas dia pergi baru orang perasan kenapa dia ckp macamtuh dan bertindak sebegitu.


Sesungguhnya ajal dan maut ditangan tuhan.. maut tidak dilambatkan sesat dan tidak dicepatkan sesaat.. bila tiba waktunya maka itulah penghabisan kita.. so sayangilah orang yang patut kita sayang, hargailah orang yang patut kita hargai.. bukan kita dah kehilangan baru nak meratapi pemergiannya..


Untuk aku, aku belum bersedia untuk semua itu.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan memberikan umur yang panjang untuk ayah, ibu, dan adik2 aku..


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ashura dan sekalian umat muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.. semoga Allah menempatkan mereka semua di kalangan orang-orang yang beriman.. Aminn 


No comments:

Post a Comment