Love is messy



Waktu petang, penat, jemu dan bosan. Jadi waktu ni, kalaupun malas bersenam, seeloknya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menonton muvie. Jadi, pernah tonton Dan in Real Life? Cerita yang mungkin boleh dikategorikan sebagai komedi romantik. Tapi dalam komentik tu (uit istilah baru) ada jugak terselit sesuatu yang ingin aku nyatakan dan ulas. Love is Messy. Cinta itu serabut, cinta itu menyusahkan. Is it right?


Dan in Real Life cerita tentang Dan Burns, seorang bapa tunggal yang hidupnya hanyalah untuk anak-anaknya. Tetapi pada suatu hari, dia berjumpa dengan Marie di sebuah kedai buku. Mereka mula kenal-mengenali tetapi mendapat tahu yang Marie merupakan gf kepada adik Dan, Mitch Burns. Keluarga Burns mengadakan percutian di satu kepulauan.  Jadi disitulah kehidupan Dan bermula dengan serabut bila Marie turut sama diundang sebagai kekasih kepada adik Dan di dalam percutian keluarga itu. Dan terpaksa menyukai dalam diam dan membiarkan saja aksi cumbu-cumbuan Marie dan Mitch. Nak tau lagi? Pi download cepat.


Apa yang menarik untuk aku ulas isi kandungan dalam cerita ini bila kita menyukai seseorang dalam diam. Agak pahit terutama bila kita terpaksa berhadapan dengan nya setiap hari. Love is Messy aite? Bila kita dah menyukai seseorang, bukan senang kita nak tarik balik. Bila kita sudah mula merindukan seseorang, bukan mudah untuk kita melupakannya. Kata orang, bertepuk sebelah tangan menyakitkan, tetapi lebih menyakitkan bila kita tidak ada keberanian untuk menyatakan sayang kepadanya. 




Dari sudut Marie pulak, cinta itu seakan mengelirukan bila tanpa disedari, dalam diam dia menyukai Dan walaupun dia tahu yang dia adalah gf Mitch. Seluruh keluarga Burns tahu yang dia adalah gf Mitch Burns dan bukan Dan Burns. Jadi disini dapat dilihat cinta itu mengelirukan. Apakah someone di depan mata kita ini adalah orang yang benar-benar kita sayang, atau sebenarnya ada yang masih menunggu kita di luar sana. Jadi bagaimana kita hendak tahu, yang dia itu memang ditakdirkan untuk kita? Yang paling penting, bagaimana untuk kita sendiri tahu yang kita benar-benar sayangkan dia, bukan orang lain?


Cinta itu kalau tak terkawal memang menyakitkan, mengelirukan dan menyusahkan. Ada bahagia dalam bercinta? Bukan semua orang dapat merasa. Apatah lagi bila kita cuba mengasingkan dan meneliti satu per satu maksud apa dia rindu, sayang, kasih dan cinta. My life now so much miserable. Because of love. Love for my graduate.


Bila lah aku nak graduate ni!!!

4 comments:

  1. ade softcopy?? nak pinjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmm...
    hahaha lepas ekologi tatau nak watpe dah! :p

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. meen
    eleh... messy bukan messi.. hahaha

    asmalina
    aku terpaksa padam yang b4 this.. typo.. xmemasal aku lak kena bahan.. takut aku..

    ada je.. nak send pakai apa..

    ReplyDelete