Thursday 29 April 2010

Hidup-Ini-Indah



Semalam tepat jam 2.30 petang adalah last paper setelah penat menjadi penghuni UKM ni. Hope so ini adalah yang terakhir. Jeles jugak tengok rakan-rakan seangkatan masuk UKM ni dah ada kerja tetap, dah planning nak kawen, malah sudah ada yang membeli kereta Honda dengan duit sendiri. Dah tu nak buat macamana, rezeki untuk berada di sini selama 4 tahun. Jatuh bangun, give up semangat, duka ceria, semuanya telah menjadi asam garam sebagai seorang student. Apatah lagi untuk student yang bermasalah macam ni. 


Bila tengok status masing-masing di Facebook, alahai semuanya touching-touching. Siapalah yang tak sedih kan. Bila dikenang kembali banyak betul pengalaman di sini. Permaj, MMP, KUO dan pelbagai lagi. Tunggulah bila dah betul sah dapat grade baru boleh cerita yang feeling-feeling. Nak lepaskan viva dulu dan Theses.


Nothing left to say. Cuma perasaan ada sedikit bercampur baur. Dalam gula ada cuka. Dalam pedas ada manisnya. Hidup ini indah. Peraturan hidup yang Tuhan ciptakan begitu sempurna. Cuma kita ini insan, fitrah manusia. Benda yang kita ada, kita tak mensyukuri. Benda yang orang lain ada, itu yang kita inginkan. Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa. Sejarah mengajar kita tentang tauladan. Hidup ini tidak sempurna. Kesempurnaan itu datang dari persekitaran dan orang-orang sekeliling.


Bila mentari itu menyinar terik, kita kata sungguh panas. Bila hujan turun mencurah, kita kata sejuk dalam kebasahan. Bila mendung, kita tertanya dimana hujan, dimana mentari. Semua keadaan tidak pernah memuaskan hati kita. Kita terlalu ingin mengejar sesuatu dan tanpa disedari kita lupa untuk menghargai sesuatu yang kita ada. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong akan berciciran. Hidup-Ini-Indah. 


Cukup sudah berfalsafah. Engkorang paham ke? Tak padan langsung dengan Science student yang hidupnya adalah berdasarkan fakta dan eksperimen semata-mata. 

No comments:

Post a Comment