Thursday 1 April 2010

Memancing



Sekarang ni sudah ada hobi terbaru. Memancing. Nah. Gila. Dah dekat nak exam, time tu lah ada je benda-benda pelik yang muncul. Salah satunya memancing.


Ada orang kata memancing ni hobi buang masa. Betul ke? Depends lah kan. Tengok bagaimana masa digunakan semasa menunggu ikan menyambar umpan kita. Bersembang-sembang dengan kawan lama, atau menenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam. Kalau yang students tu, cuba bawak note kuliah semasa menunggu sambaran ikan tuh. Tak gitu? Ceh sebenarnya nak memujuk hati sendiri, yang sambil memancing boleh jugak study. Hehehe.


Memancing juga memerlukan modal. Yelah, katakan machine dah Rm40, batang joran dah cecah Rm30 total semua sekali dah Rm70. Tak termasuk kekili, batu ladung, tali tangsi, umpan dan sebagainya. Umpan lak memacam, dari cacing sebagai makanan asas ikan (waktu sekolah dulu) sehinggalah kepada katak, anak ikan dan sebagainya. Modal jugak tu nak membeli umpan.

Sekarang ni dah gian memancing di sungai buah, dengkil. Mengarah ke area sepang. Hampir dengan MINT. Kolam Anglers Lounge, Sg Buah. Di situ menarik bila mata kail disentap patin. Itu belum lagi dengan pacunya yang mendesu laju bila kena mata kail. Umpan pulak hanyalah roti Gardenia. hehehe. Tapi itu kolam berbayor lah. 


Patutlah aktiviti mengorat anak dara orang zaman sekarang ni dipanggil memancing. Kena denga umpannya, melekatlah anak dara pada mata kail tu. hehehe. Tak baiklah lah plak nak disamakan ikan dengan anak dara yang comel molek. kan kan kan.


Aku jadikan memancing ni hobi sampingan jelah. Bila banyak sangat masa terluang. Eh, lupa tesis nak submit minggu depan. Dem...

2 comments:

  1. rajin btol ko ni g memancing time2 macam ni ek...
    keje sume da siap? hahaha soklan yg aku taw ko xmampu tuk jwb yer wat masa skang kn..hoho

    ReplyDelete
  2. tulah pasal..

    haih kalau lah ko ada kat ukm ni ngn aku.. dapatlah memperbetulkan balik kehidupan aku nih.. hahaha...

    ReplyDelete