Pra-Penghargaan




Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada penyelia utama Prof. Madya Dr. Kalaivani  Nadarajah dan Ketua Program Mikrobiologi, Prof Madya Datin Dr Ainon Hamzah atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya pensyarah-pensyarah untuk program mikrobiologi, setinggi jutaan terima kasih saya ucapkan atas budi dan jasa kalian yang tidah terhingga. Tidak lupa juga kepada kedua-dua Ibu dan Ayah yang banyak memberi sokongan tanpa mengenal erti jemu.


Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada pembantu makmal terumata En Saiful yang banyak membantu saya di makmal. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan makmal saya iaitu saudari Atiq, Atiqah Farid Wong dan Riri Rimbun kerana sama-sama berjuang dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga atas dorongan dan semangat yang telah diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan program mikrobiologi iaitu Idaya, Suhaiza, Adlina, Fatimah, Hazwani Bajni, Wan, Aliff Lazim, Cheng, Faiq dan Razid. Semoga bimbingan dan doa kalian dapat menjadikan kajian ini sebagai satu kejayaan.


Sebelum saya mengakhiri kata, ingin juga saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat rapat saya iaitu Yasmin Shamsuddin, Azlan, Nik Nor Hidayah, Ali, Ekin Sukimin, Amylia, Yus Irayani, Ammar Osman, Nurul Zainap Ramli, Syahrul Rizal Anwar, Kamilah dan juga rakan sebilik saya iaitu Taufiq Abdul karim. Dengan berkat doa kalian, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Dan ucapan terima kasih juga kepada sesiapa saja yang memberikan sokongan ini dan terlibat dalam kajian ini samaada secara langsung ataupun tidak langsung demi mendapatkan segulung ijazah.


 p/s:taken from draft thesis







7 comments:

  1. eh, nama sye ade...
    ehe..tahniah epong...
    eh, lpa pulang lighter.

    ReplyDelete
  2. irayani
    thanks :))

    saleh
    kau juga.. thanks bebanyak bg support and everything that i need.. byk tunjuk ajar.. thanks thanks thanks :))

    ad
    thanks.. tkpe simpan je.. aku berlambak lighter.. nak masuk lab satu lighter.. hahaha

    ReplyDelete
  3. orite..
    thanks tau epong..
    thank u 4 everything.. ;)

    ReplyDelete
  4. Pong, dah nak dekat setahun dah, baru aku perasan ada nama aku kat sini. Hehe

    ReplyDelete
  5. @Aliff Lazim

    tau takpe.. aku telah pun melalui waktu waktu kesukaran tersebut.. haha

    ReplyDelete