Friday 7 May 2010

Kenangan UKM - Part 1

(OPKIM Muar PERMAJ)


Universiti Kebangsaan Malaysia.. Satu tempat yang cukup indah dan memberi kenangan kepada aku. Satu tempat yang cukup istimewa. Satu tempat yang menyaksikan episod suka dan duka seorang pelajar bergelar mahasiswa


Masih teringat lagi ketika di tahun satu. Minggu orientasi. Di situlah bermulanya perkenalan dengan rakan-rakan di kampus. waktu itu aku begitu naive dan mentah. Selepas minggu orientasi, perkara pertama yang aku lakukan adalah mendaftar beberapa persatuan. Agaknya memang ditakdirkan yang aku akan melihat kebolehan aku kearah berorganisasi dan bukan akademik semata-mata. Kalau sesiapa yang berasal dari MRSM, mereka akan tau tentang adanya ujian pekerjaan yang mana akan meletakkan seseorang itu sesuai dengan pekerjaan perkhidmatan, sosial, akademik dan sebagainya. Berapa kali aku lakukan pon, aku akan dapat ke arah pekerjaan sosial. Well, berorganisasi ini juga merupakan satu pekerjaan sosial kan.


Antara persatuan yang aku daftar di peringkat pusat adalah PMUKM, PMFST dan Persatuan Mahasiswa Anak Johor yang mana banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar di alam Universiti. PMUKM adalah persatuan pertama yang menjadikan aku sebagai ajk dalam event mereka. Menjadi AJK teknikal untuk pesta buku UKM, aku gunakan dengan sebaik yang mungkin. Untuk program itu juga menyaksikan pertama kali aku mendapat pujian daripada ketua pengarah Kak Asmahani dan Ketua AJK aku, Hasnool dan Amir Fahmi. Begitu juga dengan silat gayung, komitmen yang aku berikan pada mereka membuatkan aku diberi kepercayaan untuk menjaga booth pendaftaran persatuan untuk pelajar tahun pertama walaupun aku juga tahun pertama ketika itu. Tapi kekangan masa membuatkan aku tidak dapat mengejar Silat Gayung yang akhirnya melihat komitmen aku beralih kepada sebuah persatuan yang menjadikan aku begitu istimewa dan menghargai aku sebagai seorang ahli keluarga mereka. 


Orang Johor mempunyai semangat kenegerian yang kuat. Lihat saja pada hari kemangkatan Sultan Johor. Tidak mengira pemikiran politik yang berbeza, mereka bersatu mencemuh sesiapa saja yang menghina kemangkatan Sultan tercinta. Itulah Anak Johor termasuk juga aku. Semasa orientasi lagi aku memang begitu semangat nak join Anak Johor. Aku mendaftar secara berseorangan ketika itu dan terus bersetuju untuk mengikuti program pertama PERMAJ iaitu Interaksi first year. Ketika ini, aku belum lagi jatuh cinta pada PERMAJ. Masih teringat, waktu itu Kak Mal dan Abg Rizal yang menjadi fasi bagi kumpulan aku. Kak Mal ni ketika itu tahun tiga. Orangnya kecil, cantik dan putih. Aku pun usha2, jeling2, dan akhirnya tunduk membisu kemaluan bila aku dapat tau dia tu senior aku tahun 3. Ingatkan sama2 first year. Buat malu je. 


Then, beberapa bulan selepas program tu, aku dtg semula ke bilik PERMAJ, mungkin rezeki aku waktu itu, aku diberi kepercayaan untuk memegang pembantu penyelaras untuk sebuah program yang agak besar iaitu OPKIM Muar. OPKIM merupakan program anak angkat yang dilaksana di kampung-kampung untuk seminggu. Tugasan sebagai penyelaras merupakan satu tugas mencabar dan penat. Ianya lebih kurang sama dengan runner kalau korang tau. Dan aku memberikan komitmen aku sebaik yang mungkin. Dan aku sedar, di Universiti orang akan menghargai kita berdasarkan komitmen kita, bukan semata-mata fizikal sepertimana di sekolah dulu. 


Dan aku terus bergiat aktif di dalam PERMAJ, menjadi MC untuk Majlis Berbuka Puasa dan AJK Pemasaran untuk Program Besar, Dinner Anak Johor yang dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian ketika itu sebelum aku diberi amanah untuk memegang Setiausaha Agong untuk PERMAJ


Di Kolej, aku kurang bergiat aktif, walaubagaimanapun masih mempunyai komitmen yang agak tinggi terhadap kelab BKRS dan juga Kelab Teater Samudera. Aku juga pernah menjadi pelakon yang menaikkan nama aku ketika itu, Betty yang merupakan watak seorang lelaki pondan. Hampir berbulan-bulan juga watak itu melekat dalam diri aku. Nasib aku tidak transform sepenuhnya menjadi Betty. Di kolej juga waktu itu bergiat aktif dengan pantun. Kolej Ungku Omar dapat tempat ketiga dalam pesta pantun intravarsiti UKM. Di situ juga aku menjadi agak rapat dengan barisan JAKSA KUO. Banyak juga kenangan di dalam kolej selain menjadi peserta pantun dan berteater. Antaranya ialah rezeki untuk turut bersama-sama ke genting bersama AJK Family Day Kolej untuk kali pertama. 


(Pesta Pantun UKM)

Kenangan rakan-rakan rapat di kolej lebih teristimewa. Umpat-megumpat, gosip, gaduh, baik, then gaduh semula memang tak boleh dilupakan. Berlari keliling blok, menjerit dan sebagainya. Antara yang manis, bila rakan-rakan meminjam kamera dari aku. Then bila kamera tu terjatuh dan rosak masing-masing gelabah takut nak bagitau tentang keadaan kamera itu. Haih, nasiblah aku ni bukan seorang yang moody dan tidak cepat marah. 

(Genting Higland)

Teringat juga selepas orientasi, kononnya hendak berjogging ke tasek kejut, tapi akhirnya melencong jauh ke Kolej Ibu Zain. Then sesat entah ke mana di dalam kampus sendiri. Bila kelaparan di tengah malam, kami sering ke KTHO ramai-ramai berjalan kaki untuk mengisi perut yang kekosongan. Ada juga yang bagi cadangan nak ke kedai mamak dengan berjalan kaki. Bila makan semua ada bersama, cukup lengkap semua ahli. Itu hanya terjadi di zaman kanak-kanak tahun pertama, bila masing2 belum lagi ada kenderaan dan teman wanita. 


Banyak lagi kenangan tahun pertama yang menjadikan kita semakin matang dan dewasa. Terasa macam semalam peristiwa itu. Sangat manis untuk dikenang


p/s: Kenangan UKM part 2 - 2nd year dan 3rd year. 




1 comment: