Leadership!!



Malaysia pada Hari ni, semalam dan esok asyik sajer bercerita pasal kepimpinan, leadership.. baek di media-media massa, laman web dan blog, mahupun di kedai kopi yang juga tidak terketinggalan.. Bagi pendapat peribadi aku, mungkin Kepimpinan kita perlukan perubahan, perubahan dari segi segalanya... mungkin as a student, aku masih lagi tidak mengerti kenapa ada pemimpin dikatakan rasuah, yang seorang lagi dianggap berpura-pura alim, ada lak pemimpin negara kita di omong-omongkan sebagai pemimpin zaman gelap Malaysia.. macam-macam fitnah dan tuduhan yang berleluasa.. Parti Basikal kata parti mesin basuh korupsi, sedangkan Parti mesin basuh kata Pari Basikal tiada berkelayakan.. tapi yang sebenarnya bila kita berada di atas, bermacam-macam perkara yang perlu dipertimbangkan.. bukan mudah nk buat keputusan.. Apa yang org bawah tahu.. MENGHENTAM.. cuba bayangkan kita yang memerintah.. woooo bukan mudah nk puaskan hati bejuta hati Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum nih.. tapi kalo memerintah ala-ala zama nazi patutlah kalo kita hentam.. tapi bukan hentam sekadar cakap.. buat sesuatu.. ye tak..? so sekarang better kita ketepikan sapa salah dan sapa benar, rite.. yang penting pengajaran dari masa sekarang untuk kita bawak ke zaman akan datang yang belum tentu ada.. sebabnya Tuhan yang Maha mengetahui...

aku sangat berminat politik.. dan politik ni xder yang suci sebenarnya... baik dari yang tiada pengetahuan agama ataupun yang ader ilmu agama yang sedikit.. kalo diimbas semula zaman Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W pun ader pembunuhan dan seling berebut kuasa... walaupun politik itu kotor, apa yang aku harapkan Malaysia pada zaman aku nanti, zaman belia sekarang penuh perubahan.. x kiralah ideologi mana sekalipun, jika kata dia adalah orang islam Malaysia, hati musuh kita akan gentar.. kerana apa? semangat... semangat memperjuangkan bangsa kita dengan agama.. berlandaskan agama.. ketepikan dulu yang kontroversi seperti isu penternakan Babi, isu pembinaan Masjid berjuta-juta, isu harta dan rasuah, isu alim cikai-cikai.. apa yang penting pada zaman itu perpaduan umat Islam.. Salah satu tanda dimana ketika Umat Islam itu Kuat dan bersatu ialah ramainya Ummah Solat Subuh berjemaah di Masjid seumpama ramainya Insan ketika mengerjakan solat Jumaat atau Lebih.. Kalo dah bersatu sebegitu.. petik jari pun isu-isu kecik boleh diselesaikan.. pendapat memang banyak tapi itu kan digalakkan dalam Islam untuk membawa keputusan yang terbaik.. rite?

Kalau Palestin Masih ditindas, Kita Malaysia wujud sebagai suara yang lantang mengkritik dan membantah sehingga mereka tidak lagi ditindas... Takutnya mereka pada Malaysia kerana kekuatan kita sebagai Negara Islam yang penuh kecanggihan Teknologi, takutnya juga kerana suara kita mampu mempengaruhi semua negara Islam bersatu di bawah nama ISLAM.. bukan bawah nama mazhab, bukan bawah nama Parti, dan bukan juga bawah nama organisasi Underground.. (asyik bergaduh jerk, akan adakah esok Untuk Malaysia?) Semangatnya kita pada Islam, Bangsa dan Negara ketika itu, kalau kita ditindas dan diserang, kita sanggup kedepan walau berbekalkan pisau potong buah.. sanggup bermandi darah dan sanggup berjihad.. Tyme tuh x kenal dah ko PAS ke, UMNO ke atau PKR..

Akan adakah Malaysia seperti itu untuk masa-masa yang mendatang? aku masih lagi ingat, ketika baca buku-buku akhir zaman dan kedatangan Al-Masih Imam Mahadi, aku pasang impian.. Impiannya jikalau betul peperangan akhir zaman berlaku. aku harap aku adalah salah satu panglima beliau yang berjihad di Jalan ALLAH... kalaulah semua Belia Malaysia ada impian seperti itu..

So untuk kemajuan Malaysia pada masa-masa akan datang, lakukanlah perubahan.. tak kira dari Pihak pemimpin sekarang, vateran-vateran.. yang sedang meningkat naik sebagai pemimpin.. yang baru nk berjinak-jinak.. belia-belia dan students... dan juga Kanak-kanak kecil.. Fikir-fikirkanlah... Untuk Malaysia Ke Arah Islam Sebagai Tunjang Kekuatan... WORLD PEACE

4 comments:

  1. huhu~
    insyaALLAH..
    kena banyak berusaha.. semoga menjadi seorang pemimpin yang hebat kelak..:)

    ReplyDelete
  2. the superior are fighting for the power and the inferior are fighting for survival..

    if the leaders have a good intentions in the 1st place like they are doing this for the best of interests of ummah and kerana Allah, insyaAllah, we'll be safe.
    whatever it is,we'll go back to the basic foundation which is iman.

    iman kuat.insyaAllah.everything will be as pure as white. ;))

    have a good day ;))

    ReplyDelete
  3. tenkiu Izzahismail for visiting my page.. yup hope all of us doing their best to protect our love counry because of Allah.. hope so much..

    ReplyDelete