Memories.

Satu masa dulu, ketika kecil dimana ketika mata ini masih memandang segalanya benar, masih menganggap botol susu itu adalah minuman yang paling nikmat, dan ketika itu juga masih tidak mengerti mengapa seseorang itu harus pergi meninggalkan kita, harus pergi meninggalkan dunia.. masih teringat dua insan yang yang disayangi yang mana ketika itu tekun, dan prihatin terhadap diri ini..

insan pertama berwajah tenang, peramah, dengan senyuman yang menenangkan, sentiasa menyembunyikan segaris duka di dahi, mungkin tidak mahu saudara terdekat melihat beliau dalam kesusahan… seorang insan yang penuh inspirasi dan semangat.. bertugas sebagai polis marin mungkin menjadikan beliau dekat dan sering menziarahi diriku.. masih teringat beliau ketika datang bertugas di Tampoi, dalam waktu menziarahi aku, tidak lekang buah tangan... kadang-kadang buku mewarna, makanan ringan, mainan dan alatan-alatan tulis... paling mengembirakan sekali bila beliau ingin pulang... dengan senyuman, RM 10 atau RM 50 dihulurkan pada anak saudara ini dengan kata-kata yang penuh semangat.. ”belajar bersungguh, ingat ayah dan ibu” tapi jiwa anak kecil ini masih belum mengerti, duit itu dibelanjakan ke cyber cafe, dibelanjakan membeli mainan-mainan... pernah sekali ayah dan beliau membawa aku ke pusat membeli belah.. maklumlah kalau budak kecik nampak mainan, mesti berminat... dek kerana berminat tapi tak dapat, aku pon melalak dan menangis, ayah masih berkeras tidak mahu membelikannya, mungkin ader sebab tersendiri... tapi beliau dengan penuh senyuman, ambil kotak mainan itu dan terus bayar di kaunter... dan semua itu masih tersimpan kukuh dalam kenangan.. pernah satu ketika, kami sambut hari jadi bersama-sama keluarganya yang mempunyai 7 orang anak.. sangat meriah.. maklumlah aku ketika itu anak sulong dan adik2 yang masih kecik.. kemeriahan keluarganya juga kemeriahan untuk aku kerana itulah kakak2 dan abg2 aku untuk aku bermanja... masih tersimpan dalam album gambar-gambar majlis hari jadi ketika aku berumur dalam 5 tahun... dan saat yang paling sedih bila beliau dan keluarga nak pulang ke rumah.. lepas bersalaman aku akan menyorok di balik pintu, menangis... dan menangis... sebab? bila diorang dah balik ke rumah mereka, Aku akan keseorangan semula, menonton tv sendiri, bermain pon sendiri.. selalunya bila aku menangis, ibu akan pujuk ”nanti diorang akan datang semula” tidak dapat terbayang betapa manisnya semua itu masa kecik2... itu semua yang berlaku satu masa dulu dan kini, kenangan itu bagai pahit untuk dikenang kerana beliau yang disayangi telah pergi meninggalkan aku, meninggalkan dunia buat selama-lamanya... sakit jantung.. masih tergiang suara ibu di telefon ” epong, jangan terkejut, banyak bersabar, Pak Ngah dah meninggal dunia jam 12 tgahari tadi” semakin sayu suara ibu, semakin diam membatu aku, aku sangat-sangat terkejut... memang umum diketahui yang beliau memang ader sakit jantung dan dah 2 kali beliau diserang sakit jantung, kali ketiga serangan berlaku di hospital dan beliau meninggal dunia di hospital kuantan. aku bergegas balik ke Melaka dimana jenazah bakal disemadikan.. Alhamdulillah aku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir dan mencium di pipinya.. aku menangis teresak-esak tatkala bacaan talkin di pusara.. segala kenangan lalu, aku ungkapkan bersama air mata yang jatuh ke tanah. Beliau adalah pak ngah aku yang disayangi Sulaiman Bin Kedum yang telah meninggal dunia pada bulan ramadhan tahun lalu.. Al-Fatihah

Insan kedua ini tidak kurang pentingnya dalam hidup aku... wajahnya juga yang lembut dan tenang.. walupun melalui kehidupan yang sederhana sebagai orang kampung tapi pandai mengambil hati anak-anak kecil... beliau juga tidak kedekut mengajar dan memberi bermacam-macam ilmu.. terkilan rasa hati bila diimbas kembali detik beliau kembali kepada penciptanya, aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir... wajah yang akan aku rindui selama-lamanya ke akhir hayat.. dan aku pernah berjanji dalam hati, bila aku mendapat pekerjaan yang bagus, bila mampu menyara diri ini sendiri, aku akan beri saguhati pada insan ini, akan aku balas jasa-jasanya.. tapi itu hanya tinggal impian... beliau tidak sempat merasai hasil titik peluh aku... bila diimbas kembali ketika setiap hari raya puasa, duit raya dari beliau tidak pernah miss.. . dan untuk hari-hari terakhir aku bersama beliau adalah dimana ketika itu aku menemani beliau membuat rawatan di hospital.. bagaimana aku memapah beliau, dan bayangkan bila kita menyaksikan seorang insan yang disayangi berumur 82 tahun disuntik untuk mengambil darah, diusung kehulu-hilir untuk pemeriksaan yang pelbagai dengan karenah pihak-pihak yang berkaitan.. tidak tertanggung pedih di dalam hati.. sedih... hari-hari terakhir aku bersamanya, aku memapah, membetulkan duduknya.. membantu berjalan dan sebagainya.. terlalu pahit untuk mengenangkannya kembali... ketika di satu hospital swasta, beliau dihantar ke situ untuk pembedahan kecil, aku lah peneman nya... duduk di atas katil dan sekali sekala beliau meminta air dalam nada yang cukup sedih buat aku... haus... dan aku berlari membelikan air untuk insan tersayang ini.. tapi sekejap saja aku bersamanya.. tugasan di UKM terlalu banyak dan aku terpaksa kambali ke bumi Bangi.. dan itu kali terakhir aku melihat wajah insan tua yang penuh kasih sayang, yang tabah terhadap karenah anak2 selama berpuluh-puluh tahun.. insan yang disayangi adalah atuk aku, Abd Rahman Bin Nordin yang meninggal 27 Mac bersamaan Maulud Nabi Pada hari Khamis... Al-Fatihah...

sesungguhnya yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya... kenangan akan tetap sebagai kenangan,, selagi mana ia diingat dan dikenang...
moga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan diampuni Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyanyang...

2 comments:

  1. jangan putus asa dan kita mesti kuatkan semangat kita..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. http://groups.yahoo.com/group/permajukm/
    memeriahkan yahoo group..

    ReplyDelete