Wednesday 6 April 2016

Panggilan Hormat. Perlu ke..?


Zaman dah berubah. Blog ni pon dah lama ketinggalan cerita-cerita hangat. Jarang sangat nak update isu-isu semasa. Kalau dulu tak da FB, yang ada pon blog. Maka berebut-rebut lah jejaka ataupun gadis update blog. Trend terkini. Bila dah ada FB, satu persatu blog ditinggalkan bersawang.


Now back to the issue. Sekarang ni tengah hot pasal seorang yang berstatus Dr menegur peniaga yang memanggilnya sebagai 'awak' instead of title Dr tu. Ramai juga Netizen yang memberikan komentar sama ada positif atau negatif.



Persoalannya... perlu ke Panggilan Hormat ni..?



For me, SANGAT PERLU.. Lagi-lagi untuk orang bisnes. Pernah terbaca jika kita cuba deal dengan orang untuk close sale, kita perlu mewujudkan satu hubungan mesra dengan pelanggan. Jika dia bergelar Dato', adakah sesuai kita memanggilnya dengan nama Encik?  Jika dia pensyarah kita, adakah sesuai jika kita panggil dia sebagai 'Abang'?



Rakyat Bangladesh kalau datang berniaga di Malaysia pon terkenal dengan panggilan 'Adik manis'. Cuba kalau Baia tu panggil 'engkau - aku'. Esok lusa masuk juga media sosial.



Dalam emel marketing pon kita disarankan untuk menggunakan Nama dan Gelaran yang sesuai untuk mempromosikan sesuatu atau untuk menghantar sesuatu berita. Dalam bidang copy writing pon digalakkan menggunakan perkataan anda, saudara, saudari. Maksudnya disini, kita disarankan untuk menggunakan apa saja panggilan yang boleh memberikan orang lain rasa dihormati dan dihargai.



Kalau kita rasa tak boleh nak hormat orang walaupun hanya pada gelaran, mengapa orang harus hormat kita? Memang gelaran tak boleh bawak masuk kubur. Tetapi budi bahasa kita ini yang akhirnya akan dikenang orang.



Pokok pangkalnya.. Kita ni rakyat marhaen saja. Tak ada Title. Cuba kalau esok lusa kita ada title Tan Sri di depan dan stranger cuma panggil kita 'abang'. Apa perasaan kita?



Hari ini kita boleh kata, 'Aku tak hairan, Aku Low Profile'. Esok Lusa hati kita berubah, siapa yang boleh jangka? Bukankan hati manusia itu sentiasa berbolak balik?



Tak salah pun kalau kita panggil seseorang dengan nama yang dia rasa selesa, dihormati dan dihargai. Mereka gembira, kita pun senang.




























No comments:

Post a Comment