Friday 8 April 2016

Besarkan Impian Anda.



Saya percaya ramai orang ada impian yang mereka rasakan impian itu akan membahagiakan mereka. Tetapi apa yang membezakan orang yang berjaya dan tidak, adalah sebesar mana impian itu bagi mereka. Impian yang hebat tidak semestinya besar. 

Dahulu, ketika sedang memandu dari Johor ke Bangi bersama seorang sahabat, kereta saya pernah dipintas oleh sebuah kereta Toyota Vellfire. 

"Ini kereta impian aku, besar, cantik dan gagah" Jawab sahabat di sebelah tanpa ditanya. 

Saya senyum di sebelah. Sebab kereta impian saya adalah Nissan GTR. Toyota Vellfire bagi saya satu kereta yang berbentuk kotak semata-mata. Impian orang berbeza. 

Kini sahabat di sebelah sudah selesa bekerja sebagai penjawat awam. Kini bila ditanya, bagaimana dengan impian untuk memiliki Toyota Vellfire, jawapan beliau sangat biasa kita dengar.

"Bro, sekarang aku sudah ada anak, isteri pun bekerja jawatan tinggi sektor kerajaan, nak kereta besar paling kurang kena berniaga, aku tak ada masa."

Nampak tak? Impian dia tak cukup besar. Impian dia menyatakan sebuah kereta yang berharga lebih dari setengah juta itu MUSTAHIL!!... 

Kenapa dia tak kejar impian itu, sedangkan tidak ada yang mustahil bagi Allah. Kita saja yang rasa mustahil; impposible

Jom besarkan impian anda. Kalau kita rasa impian kita adalah untuk ibu bapa. Kejar impian. Beri Mak Ayah kesenangan dan kebahagiaan. Jangan berhenti untuk bermimpi. Kegagalan sebenar bermula bila anda berhenti untuk bermimpi. 

Do a Dream Board untuk setiap tahun. Slideshow kan setiap pagi sambil diiringi ayat - ayat dari Al-Quran atau slow music. Dream Board ni penting untuk kita sedar bahawa banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk kejar impian kita. NOW or NEVER!..

Ini adalah contoh sebahagian Dream Board saya untuk tahun 2016. 








Kalau tidak dapat impian ini, kita review kenapa? Bedah siasat. Dan kita boleh perbaiki di kemudian hari. 

Walaupun hari ini saya masih lagi struggle dalam mencapai Money Freedom, tapi saya tetap percaya, itu akan saya kecapi kurang dari 10 tahun. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 

Pernah dulu ketika kem motivasi, saya pernah ditanya oleh seorang pelajar. 

"Apa impian abang"

"Impian saya untuk menjadi Perdana Menteri" Jawab saya dengan serius. Ya. 

Saya memang mahukan jawatan itu untuk mengubah dunia menjadi lebih sempurna. Impian saya ketika itu dan sehingga sekarang mahu jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengaplikasikan sistem Islam sepenuhnya. Sistem Perlembagaan Islam, Sistem Muamalat Islam, Sistem Pentadbiran Islam dan Sistem Perundangan Islam. Sistem yang diamalkan oleh Islam amat relevan dalam setiap masa dan keadaan. 

Dengan sistem politik yang semakin jahil, saya memilih untuk mengubah dunia dengan perniagaan kerana saya percaya ntuk mengubah sesuatu untuk negara, ada 3 bidang; 1. Politik, 2. Perniagaan, 3. Pelajaran.

Itu impian saya. Impian saya cukup besar untuk mengalah sekarang. Impian saya tidak akan pernah padam biarpun orang kata saya gila. Saya hanya perlukan TINDAKAN dan KOMITMEN serta ISTIQAMAH. 

Jom besarkan IMPIAN ANDA dan sertai saya untuk menjadikan dunia ini lebih SEMPURNA. 




p/s : Ada orang kata DUIT tidak boleh beli kebahagiaan, pernah anda tengok isteri sedih bila dapat emas dari suami? Pernah nampak seorang Ibu sedih bila dapat hadiah dari si anak?

Ianya bergantung cara mana anda menggunakan duit tersebut. 

p/s : Terima Kasih kepada Dr Azizan dan Abang Mael (Serta Elkenian) kerana sering memberi motivasi untuk membesarkan impian saya. 

No comments:

Post a Comment