Saturday 30 July 2016

Kerjaya Pilihan...?


Dulu masa zaman hidung masih lagi berhingus, dengan yakin jawab "saya nak jadi doktor cekgu". Sebab apa..? Sebab doktor baik, doktor suka tolong orang. Bila balik dari sekolah, mak bapak kita pula kadang - kadang tak sengaja cakap "pergi buat kerja rumah, nnt dah besar jadi doktor. kalau malas nanti kena kutip sampah". 

Oh ya, bila sebut pasal kutip sampah, aku ada kenal seorang kawan ni, anak dia berimpian nak kutip sampah. Sebab anak dia yang bijak tu beritahu, kutip sampah ni kerja yang mulia. Kawan aku ni punyalah pening dengan kerjaya impian anak dia, tapi aku beritahu pada kawan aku ni yang kalau anak dia obses dengan sampah, tak salah. Niat dia murni, yang salahnya bila mak bapak tak bagi sokongan dan tak mengarahkan motivasi anak dia pada tempat yang betul. Kalau aku, bila obses dengan sampah, belajar rajin - rajin supaya suatu hari nanti, kau akan buka Syarikat Perkhidmatan Alam Sekitar. Ambil tender kutip sampah. Beri peluang pekerjaan. Besarkan impian anak. Bukan matikan. 

Bagi aku, budaya masyarakat kita terutama Melayu sebenarnya sudah silap. Belajar rajin -rajin supaya nanti dapat kerja bagus - bagus. Boleh pakai kot dan bergambar di bawah logo 'Harimau' macam kat atas tu. Dengan budaya itu, kita sebenarnya telah melahirkan ramai masyarakat yang bekerja sambil lewa sebab kerja itu bukan kerja yang kena dengan jiwa. Bukan semua. Masih ada lagi, rakyat yang nak bekerja makan gaji dengan kerajaan sebab mereka rasa itu tanggungjawab mereka atau mereka rasa itu pilihan mereka yang sebati dalam jiwa.  Cuma ada segelintir kes terpencil sebagai contoh ada anak yang suka melukis, tapi mak bapak suruh ambil jurusan undang - undang. Kau rasa..?

Mungkin zaman dulu sudah berlalu, cuma kita mak bapak moden kena ambil pengajaran dari kesilapan orang terdahulu. Support anak - anak dan besarkan impian mereka. Dan didiklah anak - anak untuk belajar berniaga. Berniaga ni ada risikonya tetapi 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. 

Untuk yang dah dewasa ni, kejarlah impian anda. Besarkan impian anda. Kejarlah impian dengan secepat mungkin kerana masa tidak menunggu kita, mak bapak kita pun tak akan menunggu kejayaan kita. Jadi kejarlah. dan Segerakan. 

No comments:

Post a Comment