Monday 14 September 2009

LOve Can Hurt!!


Sebelum butir bicara merungkai lebih lanjut, adalah elok diberitahu seisi pembaca. Kandungan isi cerita adalah berdasarkan pengalaman penulis, bersandarkan kehidupan persekitaran dan tidak berniat untuk melukai sesiapa yang disayangi penulis.

Love can be Hurt!!. Its true. Sejauh mana anda percaya cinta itu menyakitkan? Cinta itu membutakan mata hati dan fikiran. Mencintai dan dicintai adalah sebahagian kemahuan manusia terutama remaja yang sedang berada pada pertengahan landasan pertumbesaran seiring dengan peningkatan hormon dan segala tindak balas kimia dalam tubuh. Cinta memang menyakitkan..

Berbalik pada mencintai dan dicintai. Aku pernah berada di kedua-dua situasi. Memang benar cinta tidak boleh dipaksa. Cinta datang walaupun jasad kita meNAFIkannya.. MeNIDAKkannya.. Kita boleh menolak, dalam keadaan serba salah. Tapi kita tidak derita. Sebaliknya dia yang ditolak menderita, menyakitkkan... Dirobek sejuta kekesalan, Disiat segala isi kekecewaan..

Hati sakit. Air mata yang berguguran seaakan bodoh. Menyayangi orang yang menafikan kasih kita. Bodoh kerana percaya pada harapan. Bodoh kerana kita menghabiskan separuh masa kita mengingati dia yang tidak pernah bertanya khabar kita.. Biar seratus orang berkata "biasalah, apa yang kita nak tak semestinya dapat" ataupun " mungkin kau akan jumpa yang lebih baik" tak akan pernah menjadi penawar kepada si derita. Sebaliknya kata-kata itu menambah derita.. Sebenarnya penawar kepada kesakitan ini adalah masa. Masa pengubat segala-galanya.. Masa menjadi teman dalam kesepian meredah kehidupan yang dirasakan terlalu sepi dan sunyi..

Cinta itu buta lagi membutakan.. Percaya? atau Tidak? Cinta mampu mengubah seseorang. Dari diam menjadi ceria. Dari ceria menjadi pendiam.. Dari seseorang yang tahu nilai persahabatan hingga sanggup mencederakan hati orang yang selama ini dekat di sisinya. Cinta menutup akal dan fikiran sehingga ada yang sanggup membunuh diri.. Sehingga ada yang menafikan kemewahan.. Dan sehingga ada yang sanggup dibuang keluarga demi CINTA.. Dan sanggup meminggirkan keluarga demi pendapatnya yang dirasakan benar.. Benar kerana apa? Benar kerana melindungi cinta yang SALAH..

Cinta kepada kekasih boleh datang dan pergi.. Cinta kepada kekasih mungkin beralih arah kerana berpaut pada dahan yang rapuh..

Dunia tak akan mungkin selamanya Indah.. Apa-apa pun yang berlaku.. Aku tetap sayangkan abang-abangku dan kakak-kakakku... Semoga semuanya diberkati cinta yang suci dan abadi dari Ilahi..

11 comments:

  1. Mungkin ko penah dgr nasyid ni.tp nk paste jgak lirik kt sini. ayat2 dlm lirik tu ak ase boleh (kot) mengubat hati yg luka.


    Kerana Cinta

    Cinta itu cahaya sanubari
    Kurniaan tuhan fitrah insani
    Dan dimana terciptanya cinta
    Di situ rindu bermula

    Cinta itu tidak pernah meminta
    Tetapi memberi sepenuh rela
    Rasa bahagia biarpun sengsara
    Berkorban segala-gala

    Semua kerana cinta
    Yang pahit manis di rasa
    Menghibur nestapa merawat luka
    Damai di jiwa

    Terpadam api benci permusuhan
    Terjalinlah kasih sayang
    Begitulah cinta yang di idamkan
    Tanpa nafsu yang mencemarkan

    Dan jangan pula kerana bercinta
    Kita pun leka entah ke mana
    Dan jangan pula kerana bercinta
    Tergadai semua maruah agama


    Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
    Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
    Cintakan saudara masa berada hanya sementara
    Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

    ReplyDelete
  2. epong aku nak betulkn skit..kalo boleh la ae..

    spttnye ko tulis "Love can Hurt"..sbb bile ko tulis love can be hurt, ia mmbawa maksud cinta tu boleh disakiti..bknnye pecinta..

    cinta...boleh jd indah dan juga boleh jadi mimpi ngeri..tp bak kate org lebih baik putus cinta drp x pnh bercinta..

    tp cinta kpd Allah adalah cinta yg paling agung..

    ReplyDelete
  3. Benar kerana apa? Benar kerana melindungi cinta yang SALAH..(epong, 2009)

    haha cinta yg betol caner plak pong?

    ReplyDelete
  4. Lovely-Aya
    InsyaAllah kalau ada yang nak menghayatinya...

    Aku suka nyanyi lagu ni.. hahaha...

    Razy
    owhh.. Tenkiu.. Aku dah betulkan

    Pada aku lebih baik xpernah bercinta dari putus cinta.. Sekurang-kurangnya dah mampu-masuk meminang-kawen-bercinta-dapat anak.. Xda maksiat..

    ReplyDelete
  5. meen
    meen suka bercinta ngan sapa? sapa? sapa?

    matleh
    cinta yang salah? contoh:- dia tau dia cinta kat suami orang.. Memang itu cinta tapi salah.. Bercinta atas kesedihan orang lain..

    contoh lagi.. bercinta dengan penagih dadah.. itu cinta salah walaupun cinta.. Keluarga x akan suka dan itu pasti akan membelakangkan keluarga..

    Cinta yang paling benar mestila cinta berdasarkan Islam.. Hah.. AKu x pandai nak explain.. Hang pi cari dalam forum-forum.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Cinta pada yang Satu ... gerenti tak menghampakan ...

    ReplyDelete
  7. btul2, love makes the world go round.. sometimes ko rase bahagie yg x terhingge, sometimes ko rase down bagai nak rak..

    papehal pon those up and down la what makes the cinta perfect.. :)

    ReplyDelete
  8. selalu membayangkan dr anda dalam kasut seseorng. jika anda rasa ianya menyakitkan...fikirkanlah ia mungkin menyakitkan org lain juga...

    jgn kerana cinta kita hilang teman baik kita...

    ReplyDelete
  9. Bang Razifembi

    Betol.. Hanya Cinta pada Dia Yang Satu aDalah cinta Yang Abadi..

    Ammar

    Hehe... perfect? haha ada x kalau love wthout ups and down..

    ReplyDelete
  10. Anon

    Yups... Jangan kerana cinta kita butakan hati kita untuk kawan... Actually kawan itu lebih penting.. Pape kalo putus cinta pun, kita kembali pada kawan dan keluarga, rite?

    ReplyDelete