Gasing



ini dia cerita pasal gasing yang disebut dalam entry lepas.. aku masa sekolah rendah bukanlah seorang pelajar yang baik.. benda yang paling banyak aku buat adalah melawan cikgu.. tapi xlah sampai perangai budak skang... skang punyer perangai kurang ajar sampai boleh tumbuk cikgu.. aku dulu dari sekolah rendah sampai membawak ke form 3.. perangai melawan tu menyebabkan dah berapa kali aku ditampar, dipukul dan bermacam jenis denda dah aku lalui..


salah satu episod yang tak boleh lupa adalah disebabkan gasing yang sekor ni.. tak silap aku masa ni darjah 5.. masa tu satu Johor popular dgn gasing.. bukan gasing plastik mcm skang.. dulu masih lagi pakai gasing kayu.. harga pon affordable dalam singgit je seketul gasing tu.. siap dgn tali dan pemegang hujung tali gasing tu yang bentuk nya seakan-akan ceper@penutup botol...


maka tersebutlah kisah aku membawa gasing tersebut ke sekolah.. aku pun x ingat apa tujuan aku bawak ke sekolah tu.. gasing tersebut elok je dalam meja sekolah.. nak dijadikan cerita, ustazah yang mengajar pada hari tu tetiba saja nak buat sportcheck.. ustazah ni pun aku x ingat dia ni memang suka buat sportchech ke idak.. tapi time tu agaknya dtg hormon dia nak buat sportcheck.. abes satu kelas dia round dan tgk beg.. dah puas meronda, hanya aku sorang je kantoi dengan gasing aku tu...


gasing kayu ni xley rendam ngn air.. kalau ngn air kiranya dia akan rosak lah.. maka ustazah tersebut pun mengambil sebiji besen berisi penuh dengan air... lalu merendam gasing tersebut dalam air depan satu kelas.. macam demonstrasi memasak lak depan kelas tu.. aku ni pada masa tu punyalah marah yang amat.. gasing aku bai... penat aku kumpul duit nak beli tau.. aku dari td memang buat muka semcam je xpuas ati.. dan dan dia boleh rendam dalam air.. kalau simpan ke xdalah marah sangat kan..


aku ape lagi... terus bangun dan aku pon tolak lah meja aku sampai meja tu tumbang terbalik ke bawah.. hahaha.. meja kayu zaman sekolah rendah kan berat.. kalau jatuh ke lantai mesti bunyi kuat.. aku pun tak tau reaksi budak lain ngn ustazah tu macamana.. sebab lepas meja tu jatuh je.. aku terus keluar ikot pintu belakang kelas.. yang kelakarnya aku terus ke surau yang memang berada tak jauh dari kelas aku.. konon-konon nak ambil air sembahyang bagi ilang marah.. marah marah ustazah pon ikot ckp ustazah ye tak.. budak2 paham jelah.. kurang-kurang ajar pun menangis jugak time tuh.. bukan apa.. kesian kat gasing tuh.. ahahaha...


at the end.. adalah sorang dua pelajar perempuan pujuk aku balik ke kelas.. cakap ustazah suh aku balik kelas.. aku pun balik lah kelas.. xpandang pun muka ustazah tu, angkat meja (meja dah terangkat kot masa tu, entah aku lupa), dan duduk wat tak tau.. 


sampai ke darjah 6, kadang-kadang ustazah tu buat tak tau je ngn aku.. dia majuk ngn aku ke, atau aku majuk ngn dia.. hahahaha.... ades.. aku nakal kot masa sekolah rendah dulu.. tapi xdalah nama naik popular kan... cuma masa sekolah menengah form 3 je, ada famous sekejap nama aku dikalangan bilik-bilik guru.. hahaha... 


skang ni makin baik.. hahahaha

No comments:

Post a Comment