Thursday 7 June 2012

Sesuaikah 25 Tahun untuk berkahwin?

Tahukah anda, Nabi Muhammad S.A.W berkahwin dengan pasangannya Siti Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun. Ketika itu hanya umur Siti Khadijah sahaja yang masih menjadi persoalan. Yang diterima umum setakat ini menyatakan 40 tahun, ada juga pendapat mengatakan beliau hanyalah berumur 20-an ketika itu. Sesuai dengan tajuk, maka dapatlah dibuktikan bahawa umur 25 tahun sudah cukup matang bagi seseorang lelaki untuk berkahwin berdasarkan sunah Rasulullah S.A.W. 



Dulu kalau kami gathering ramai-ramai dengan saudara, mesti akan ada yang tanya, bila nak kahwin? Spontan aku jawab, "tunggulah dulu mak ngah, 10 tahun lagi baru kahwin".. Buat apa kahwin awal kalau belum lagi ada kepuasan dalam mengejar hidup. Kereta pun mak bapak yang bayarkan separuh. Gaji bulanan just cukup untuk menanggung seorang je. Dah tu siapa pulak nak bagi bini kita makan nanti? pasiaq? no no no!... 


Dengan kawan pun belum puas nak enjoy. Nak merasa lagi lepak tengah-tengah malam tengok bola. Balik kerja nak tidur puas-puas. Siapa nak temankan bini ye dak? Kalau dah kita busy dengan life kita untuk lepak dan mencari keseronokan. Al Maklumlah, badan masih sihat, umur pun masih muda.. Nak rasa kehidupan bujang sepuas-puasnya.. Dulu kalau ex-partner tanya bila nak move to a serious part. Aku dengan jawapan yang klise, "rilekslah dulu, belum boleh kahwin lagi, belum matang lagi nak dirikan rumahtangga". Jawab dalam nada yang acuh tak acuh dan selamba. Itu adalah pemikiran aku dalam 10-5 tahun kebelakang. 


Tapi aku berani cakap yang aku mula mengubah prinsip dan persepsi aku terhadap perkahwinan di awal atau pertengahan 20-an bila aku mula terjatuh hati pada kesayangan. haha. *blushing. Perasaan nk bertanggungjawab atas dirinya sepenuh hati, nak menjaga, nak melindungi, dan nak membimbing tu terlalu kuat sehingga aku rasa hanya perkahwinan saja caranya untuk aku lebih menghargai kehadiran dia. Entah!. kata orang, itu tandanya dah sampai seru!.. 


Aku juga mula percaya, kejayaan akan lebih dirasai dan mudah dicapai bersama dengan orang yang tersayang. Sebab tu agaknya dikatakan rezeki dengan sendirinya akan datang. Salah satu sebab mungkin kita ada lebih semangat dan motivasi, saling kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Aku belum kahwin dan tak pernah kahwin tapi aku percaya pasangan kita mampu memberikan kita satu semangat yang besar untuk kita terus berusaha mencapai apa yang kita nak.. Itu belum lagi sentuh bab anak yang secara natural nya memberikan perangsang yang kuat pada kita. 


Ada juga orang yang cakap, kalau nak sambung Master, better kahwin dulu. Nanti ada orang temankan buat thesis, ada orang temankan kita study waktu malam-malam. Kalau sakit ada orang jaga. Kalau tertidur ada orang tolong kejutkan. Rasa macam sooo Shweet gitteww hahaha.. Kalau nak tengok bola tu, rasa macam syok je tengok sorang2 walaupun bini tertidur kat sebelah. Ke aku sorang yang berangan macam tu?


ermm tak taulah.. Kita sebenarnya dan sepatutnya makin matang dalam berfikir.. Bukan makin terkebelakang. So sekarang ni aku mula mendidik diri sendiri untuk menjadi pemimpin, untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Terus bersemangat untuk berusaha.Dan terus mengejar impian ssesambil mencari duit untuk berkahwin. 


Mari kita ubah persepsi kita. Perkahwinan sebenarnya tidak menghalang kita untuk mengejar apa yang kita impikan, malah tidak langsung menghalang kita untuk terus berbakti kepada kedua orang tua kita, adik beradik keluarga. Malah perkahwinan sebenarnya mampu mencetuskan semangat yang kuat untuk kita terus berusaha demi masa depan bersama. 


Kecuali lelaki/perempuan itu hanya mahu berkahwin tanpa ada rasa komitmen yang kuat terhadap pasangannya. Itu dah masuk cerita lain =)


note: Saya dah pun masuk 25 tahun ya pada 27 Mei yang lalu.. Happiey Besday to Me!.. =) ececeh.. 













8 comments:

  1. kahwinla bila dh ready

    besar tanggungjwb tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. tanggungjawab tetap besar.. InsyaAllah.. Bila ada rezeki nanti..

      Delete
  2. tahniah epong.. ni mksudnya dh dekat sgt la tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. lom kahwin lagi laa... lom.. lambat lagi...

      Delete
  3. kawen je la pong.
    kesayangan kau dlu janji nk kawen sama ngn aku.
    so, ikut plan aku taun depan.
    mari kawen bersama.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaan... hahaha... tengoklah kalau murah rezeki taun depan.. heeee...

      Delete