sambungan dari.... sini
Petang itu redup cuacanya.
Sesekali angin lembut datang menerpa membuaikan dedaun yang ada disekeliling. Petang
itu juga ada temujanji yang penting buat Nizam.. Mungkin tidak penting bagi
orang lain, tetapi sangat penting untuk Nizam. Mungkin ianya riadah bagi orang
lain tetapi ianya adalah temujanji yang sangat istimewa buat Nizam.
“Hai bang, mengelamun? Mana
raketnya. Kata ada lebih?” Hidayah datang entah dari mana. Mengusik Nizam yang
memang sudah terusik hatinya.
“Ada. Aku dah letak kat dalam.
Siapa suruh lambat. Jom masuk. Syikin mana? Kata ada sekali”.
“Sekejap lagi Syikin sampai lah”
Hari itu merupakan hari yang bermakna
bagi Nizam. Permulaan bagi segala-galanya. Mereka bermain, berbual dan
berseronok dalam bersukan.
Hari itu keringat yang penuh dengan
rasa awal bahagia jatuh menerpa bumi.
…………………….
Nizam mengusap peluh yang merata
di seluruh tubuhnya. Bajunya yang basah membuatkan dia berasa tidak selesa.
Sesekali dia menghayun sisa-sisa koyakan kotak yang dikutip. Mengipas perlahan
sambil duduk tersandar di dinding runtuhan kota. Sudah jauh dia lari dari dikejar tentera
kafir. Kali ini, dia berjaya meloloskan diri di balik timbunan runtuhan
bangunan yang sudah tidak ada daya lagi untuk berdiri. Senjata sub-raifal M4
dipegang dengan penuh erat. Itulah senjata yang ada, yang bernilai baginya pada
ketika ini dan senjata itu lah yang telah membunuh 2 orang kafir zionis
sepanjang lariannya.
“biar mati tanpa kubur, biar iman
aku dirobek, jihad aku tetap pada Allah. Biar jantung aku dicabut, degupannya
tetap untuk Allah.”
Nizam tahu dia sudah keluar dari
lingkungan safety zone pihak
muslimin. Tapi untuk sampai ke satu lagi briged pertahanan, dia perlu melalui
lingkungan kawasan musuh dan dia tahu, dia hanya berseorangan situasi cemas
ini.
“Isteriku Hidayah ada di sana,
anak-anak aku Aisyah dan Ahmad Fateh juga ada bersama. Aku tak boleh menyerah! Menyerah
hanya untuk orang yang kalah sebelum berjuang. Menyerah hanya untuk orang yang
mati sebelum tiba waktu ajalnya”.
…………………….
“Jumpa lagi Nizam”
Motosikal berwarna merah hati itu
dihidupkan. Merahnya sedikit pudar dilitupi debu-debu yang sudah lama dibiarkan
tidak berbasuh. Nombor pendaftarannya juga sedikit patah, menghilangkan satu
nombor yang sepatutnya ada. Bunyi enjinya seolah-olah dimakan usia, lesu dan
lemah.
Nizam terdiam, tak sanggup nak
lepaskan hari seindah itu berlalu begitu saja. Nafas yang panjang ditarik
terlalu dalam dan perlahan. Merenung jauh susuk tubuh wanita idamannya. Kata-kata
seolah tersangkut di sekitar kerongkong.
“Dayah… sekejap, aku ada sesuatu
nak bagitahu. Penting!”
“apa dia? Aku nak balik ni”
“sekejap je, sini. Datang sini.”
“okay. Tapi cepat”. Hidayah
melangkah perlahan, enjin tidak dimatikan. Menderum bagaikan bunyi
latarbelakang yang melatari kebimbangan Hidayah atas permintaan Nizam. Hatinya
terasa ada sesuatu.
“apa yang orang tua ni nak
kenakan aku” getus hatinya.
NIzam tersenyum, kali ini sedikit
sinis senyumannya.
“dekat lagi”
Hidayah setapak ke hadapan.
“dekat lagi”
“kau nak apa ni Nizam?
“jangan takut, dekat lagi, aku
tak boleh bagitahu kuat, nanti orang lain dengar”
“apa sajalah!, apa dia”? kali ini
Hidayah benar-benar berdiri rapat dengan Nizam. Baginya, dia mahu Nizam segera
berterus terang dan dia mahu pulang. Hari sudah menginjak lewat maghrib.
Nizam diam, tersenyum. Terasa
seperti jeratnya sudah mengena. Nizam terus memandang.. Dia rasa berdebar,
suaranya tersekat. Wanita itu benar-benar berdiri di hadapannya.
“sudahlah! Aku nak balik! Malas
layan kau”, bentak Hidayah. Dia tidak suka dirinya seperti dipermainkan.
“sekejap” Nizam lantas menarik
tangan Hidayah. Dia tersenyum kecil.
“macammana kau nak balik nanti?
kunci rumah ada pada aku, tadi tertinggal”.
cam kenai je watak2 lam cite neh? hehe. kisah benar ek?
ReplyDeletehahaha.. tak sama sekali lah daya...
ReplyDeleteShweeetttnyeee! Epong! Lamenye xjumpe kamu....puitis gitu! Rindu weih!
ReplyDeletehahaha yep!! tersangat lama.. hee.. so cmner skang? sihat? kehidupan? hahaha byk tanya plak..
ReplyDelete