Mencari Hidayah! Islamkah kita di Akhirnya? - 3

Part 1 - Sini
Part 2 - Sini

“Aku tak boleh berpatah balik. Tapi aku harus keluar dari tempat ini” Nizam memperbetulkan kedudukannya, cuba mengintai di sebalik tembok.

DUM!!

Bunyi peluru mula bergema, kelongsong-kelongsong peluru bertaburan jatuh di tanah. Mungkin sudah ada mangsa yang menjadi ratahan peluru-peluru yang dahagakan darah. Serangan itu datangnya dari tentera Israel yang menjalankan rondaan. Mereka ini sebenarnya penakut, lebih gemar bergerak dalam berkumpulan, pantang melihat apa saja yang melintas dihadapan mereka. Anjing yang tempang, ataupun kucing comot yang kehausan yang minum-minum di lopak-lopak air turut menjadi mangsa kekejaman tentera yang sudah pun dijanjikan neraka ini. Mereka takut akan kesatuan Umat Islam di Negara ini. Mereka takut akan panji-panji hitam yang bakal bersemarak disebelah timur. Mereka takut akan laungan keramat Umat Islam yang memuji membersarkan TuhanNya. Mereka takut akan jihad mempertahankan Islam dengan airmata darah Kaum Muslimin. Mereka ini penakut!

“Aku tak tahu siapa yang bodoh. Israel atau Kami!” Sedikit air mata kesal terbit di celahan kelopak mata Nizam.

Kesal dengan nasib Negara bangsa sendiri, kesal dengan kelalaian masyarakat dan kesal dengan ketamakan nafsu sendiri.

Semua orang tahu, semua orang sedar. Kepimpinan Negara Islam ini satu masa dahulu dipimpin oleh orang orang bodoh yang ingin memuaskan nafsu sendiri dengan mengaut kekayaan Negara, dan ditentang oleh sekumpulan puak pembangkang yang rakus merebut kuasa dari lawannya. Mereka berebut, bertengkar, menafikan hak sesama yang lain, menuduh alim agama sebagai pelampau politik, menidakkan hak rakyat, dan menghalalkan apa saja demi periuk nasi sendiri.

Raja-raja sebagai payung keutuhan Islam mulai lemah, leka dan lalai dalam amanahNya. Mereka tidak lagi menjadi penjaga Islam tetapi mereka lebih sebagai pemerhati keruntuhan akhlak umat Islam. Teguran mereka ibarat melepaskan  air kedaun keladi, dan sikap mereka ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Bahaya bertambah bahaya, keruntuhan akhlak menular menjadi barah, kemasukan budaya hendonisme dari luar menjadi kegilaan masyarakat dan belia yang menjadi tulang belakang mula sakit jatuh terlumpuh.

 “woi, burger cheese satu!” Hidayah saja mengusik kasar

“hei minah, kau kalau lembut sikit boleh tak?” Geram Nizam pada Hidayah. Padanya seorang wanita haruslah bersopan. Tapi Nizam tau, Hidayah saja mengusiknya.

“alah, baru kasar sikit dah sentap, tak bro lah gitu” Hidayah tersengih, ada raut manja di wajahnya.

Entah mengapa, senyumannya sangat istimewa, cukup sekadar bersahaja sudah mampu membuatkan hati Nizam menjadi tidak keruan. Baginya, dengan hanya satu senyuman saja, hilang semua masalah yang difikirkan.

“ko senyum sorang-sorang tak ada guna bro, dia dah layan tu, ape lagi cucuklah jarum” Man yang sedari tadi memerhatikan cuba mengusik

“tak ada hal lah Man, aku ni pipit, sat gi dilenyek enggang, mana aku nak terbang?”

“tak payah bermadah, kalau dah suka, go on bro. Kau duduk sini sampai kiamat pun bulan takkan turun ke riba”

“memang bulan takkan turun ke riba Man. Jangan nanti orang kata aku ni syok sendiri, bertepuk sebelah tangan, gadis cantik nak jadi idaman”. Nizam mengeluh. Ada tanda kecewa di wajahnya.

“jangan mengeluh, tak baik!”.

Bagi Azman, dia kenal sangat perangai dan budi bicara Nizam. Nizam ada lah seorang yang kuat motivasinya tetapi dia mudah mengalah. Dia mudah mengeluh atas sesuatu nasib yang kurang baik.

“Ya, Nizam yang dulu mudah mengeluh, mudah mengalah. Tapi kini tidak. Aku mesti semangat” Nizam bertekad. Hidayah mesti dicarinya.

“Aku yakin dia masih hidup. Aku mimpi dia semalam”

Nizam diam. Dia rindu pada Hidayah. Dia rindu pada anak – anak. Nizam tahu mereka masih hidup. Hatinya masih yakin. Jiwanya benar percaya. Hidayah masih hidup!

No comments:

Post a Comment