Saturday 12 September 2009

The Things I Hate

Semua yang ada dalam dunia ni, akan ada sesuatu yang dia tak suka. Akan ada jugak yang dia suka. Itu memang lumrah manusia. Aku pun begitu. Ada sesetengah sikap manusia yang aku sangat-sangat benci. Dan meluat. Dan tak sabar rasa nak lempang laju-laju. Antaranya:-

Mendesak

Suka sangat mendesak. Mendesak ni berlainan dengan memujuk. Contoh lebih dekat, bila kita pergi ke suatu tempat, mendesak nak balik cepat. Eh! sabarlah. Janganlah mendesak coz semasa pergi ko tak cakap plak nak balik kul berapa. Atau nak pinjam sesuatu, dah aku tak bagi, tak perlu nak mendesak. Kadang-kadang ada orang suka mendesak kita membuat sesuatu yang kita tahu perlu dibuat. Aku ni perikemanusiaan jugak. Kalau ada hal-hal kecemasan, consider lah kalau kau nak mendesak.

Pentingkan Diri

Aku dah biasa jumpa orang macamni. Dah biasa sangat. Antara contoh, ada member perlukan bantuan kecemasan nak pergi ke somewhere. Dan dia dengan selamba, sambil main game, mengatakan dia tak da masa. Wei, ingat kami buta ko tengah main game? Member ada hal kecemasan, apa salahnya kau tolong. Lagi satu ada saja manusia yang menghilangkan diri bila mendapat kesenangan. Pergilah, bukan kau sorang saja yang untung. Dapat duit sorang, sembunyi diri. Aku tak lahap dengan duit kau kalo nak main sorok-sorok pon.

Menuduh

Ada juga orang yang sikapnya nak menuduh tak tentu hala. Tak ada angin tak ada ribut. Menuduh! Aku cukup anti dengan orang macam ni. Kalau aku dah kata sakit kepala, means memang sakit kepala. Tak kan lah nak tipu lak. Tak payahlah kau tuduh nak kata aku sengaja cari alasan.

Itu saja top 3 sikap manusia yang aku tak suka. Banyak lagi sebab manusia ni memang tak pernah nak puas. Macam aku gak, ada saja yang tak kena. Tapi bersabar sebab aku pun bukan sempurna. Aku pon baru umur 22 tahun, banyak lagi yang perlu belajar.

Apa apa pun Sorry For Everything andai aku ada tersalah tersilap.

7 comments:

  1. 22 ke??apsl muke cm 42..ops bkn menuduh tp mngkritik..hehehe

    btol2 sme cm sye..xske sift2 di atas..spe ske die adelah org yg dbenci..falsafah2

    ReplyDelete
  2. kalo brdasarkn cth spesifik yg ko bg tu, mmg xpatut la org tu buat prangai cmtu.mmg dibenci..

    ReplyDelete
  3. meen
    amboi mcm 42 eh! hahaha

    hanakimi
    hehe.. pelik kao ada org suke.. tp tu top3 sikap yg paling saya benci

    aya
    mmg tk patot.. lg2 sikap yang kedua tu!!

    ReplyDelete
  4. puasa puasa ni zam, relaxlah ...

    ada peristiwa mengganggu perasaan ka ... tetiba terkeluar dengan topik ini.

    Apa benda yang kamu suka pula?

    ReplyDelete
  5. hehe.. ader sikit bang perkara yang tak tertahan.. kart blog jer yang boleh diluahkan..

    yang suke? ermmm.. SetiaKawan.. Memahami... Bertolak Ansur.. Dan Banyak lagi :-seperti abang (",(",)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete