Semalam aku terbuka post lama dalam blog ni. Dan rasanya agak kelakar. Bila buka
post-post lama then u'll thinking, there's different or not dari segi pemikiran
berbanding kamu yang kini ataupun kamu telah banyak berubah. Mostly kita akan
berubah jadi matang berbanding dulu. Dan banyak prinsip-prinsip dulu telah pun
bertukar disebabkan pengalaman kita.
Aku pun banyak merubah prinsip sesuai dengan keadaan. Kalau dulu aku percaya
kawan lelaki dan kawan perempuan yang baik, peratusan mereka untuk bercinta
sangat tinggi. That’s why aku agak jarang nak terlebih mesra dengan kawan sendiri.
Kalau ada pun tak kerap. And now, bila tiba part perasaan, either kerap
berjumpa or not, best friends or stranger, bila dah terbit perasaan tu, u will
fall into it. The light and darkness of love, kita kena tempuh juga.
And strangely aku pun perasan kenapa aku ni macam tak ada market je kan. Haha.
Either dulu orang tengok aku ni sebab sudah berpunya kot sebab tu tak ramai
yang curi-curi mengurat kot. Haha. Maaf lah kalau part ni semacam terperasan
sendiri sikit. Hehe. Or somehow aku sebenarnya pretend to be someone else. Aku yang
dulu telah banyak berubah. Aku tak adalah merentasi onak duri yang berliku
macam dalam cerita Harry Potter tu, tapi dugaan sikit yang telah Tuhan berikan
ni banyak mencorakkan perubahan yang besar pada kehidupan kita.
Semakin besar impian seorang lelaki, semakin besar ego lelaki. Ego untuk
mendapatkan cita-cita tu memerlukan persaingan, ketabahan dan azam yang tinggi.
Bila kita telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi, apa akibatnya bila kita
sekali tergelincir? Masih berbaki kah azam kita untuk memanjat semula impian
itu. Kalau ada sisa-sisa itu untuk diteruskan, baguslah. Bagaimana pula jika
kita hanya mampu memandang dari tempat kita terjatuh. Bila orang lalu di
sebelah kita, kita Cuma akan bercakap, “ya satu hari nanti aku akan sampai ke
puncak sana” tapi kita bercakap sambil memegang lutut yang berdarah tanpa
sedikit pun rasa untuk bangun dan terus bergerak.
Aku kadangkala cemburu dengan diri sendiri yang lalu; seorang yang happy go
lucky, ceria, peramah, bijak menyembunyikan perasaan marah, tak pernah nampak sikap
bad mood, and I will treat everyone equal. Itu bukan aku yang cakap. Serius. Mostly
come out from my friends. Tapi tak mungkin boleh kembali seperti dulu. Because apa
yang berlaku kini sudah sebati dalam diri. Jadi seberapa banyak kamu sedar
tentang perubahan kamu yang ketara?
Seorang lelaki haruslah matang untuk mencorakkan kehidupan diri sendiri sebelum
dia bersedia untuk mencorakkan kehidupan orang lain sebagai pemimpin keluarga. Kalau
asyik berfikiran negatif then how come u nak ajar keluarga tentang positive
side kehidupan ini yang sebenarnya tersangat berwarna-warni. Pelangi itu kan indah.
Tapi di sebalik keindahan pelangi itu ada warna ceria dan ada juga warna yang
suram. Then I will stand up and forget the past to climb up again the mountain
of dreams.
So agak-agaknya dah boleh kahwin tak? Hehehe…
No comments:
Post a Comment