Rasanya sudah lebih seminggu tak update blog. Bukan malas
nak update tapi perlu take time sebab takut bila bad mood, emosi akan menguasai
diri. Then nanti, isi kandungan dalam blog ni semuanya akan jadi muram. Secara tidak
langsung atau secara linear nya takut akan mengguris hati sesetengah orang. Well,
al-maklumlah tak semua mampu mencernakan setiap titik-titik penulisan kita. Kata
pepatah “kata-kata itu tajamnya lebih tajam dari bilah pedang”. Bukankah juga
bila penulisan kita ini boleh diibaratkan sebagai kata-kata cuma ia tidaklah
pula mengeluarkan suara. Namun bisanya tetap sama.
Apakah lelaki juga mempunyai emosi? Memang benar namun ia
tidaklah seperti sekelompok wanita yang tampaknya mudah menzahirkan emosi dalam
apa jua situasi. Kita ini manusia, kadangkala ada laluan yang tetap tetapi
masih terbabas dek kerana pemanduannya yang tidak mengikut panduan yang betul. Emosi
dan akal adalah satu padanan terbaik yang ada pada manusia, andai ia digunakan
dengan betul, mampu menjadikan kita sebagai perseorangan yang hebat. Letakkan akal
di tempat yang betul dan emosi biar kena pada masanya.
Penganjuran BERSIH pada 9 Julai yang lalu
adakah berlandaskan emosi ataupun akal? Memang benar penganjuran demonstrasi ini
berniat murni atas nama pilihanraya yang adil tapi setulus manakah niat
penganjurannya berkisar kan tentang pilihan raya yang mana penganjurannya didakwa
dipelopori oleh NGO dan bukannya oleh Parti Politik tertentu. "Jika kamu
berkata bahawa raja-raja hari ini tidak seperti raja-raja dahulu, MAKA RAKYAT
juga TIDAK seperti dahulu...(nukilan terpisah)...maka apabila seorang penguasa
menzalimi kamu, maka hendaklah kamu bersabar. "
Sejauh mana demonstrasi ini mengikut acuan
yang betul untuk menujukkan ketidakpuasan hati atas nama demokrasi. Kita bukanlah
orang yang tepat untuk menghakimi tindakan mereka. Namun kita juga BUKANLAH
orang yang TEPAT untuk menghakimi kerajaan sekarang sebagai kerajaan yang
ZALIM.
Kata Imam al-Fudhail ibn 'Iyadhm "Jikalau aku mempunyai doa baik yang
dikabulkan, nescaya semua akan aku persembahkan buat para pemimpin."
Kita diperintahkan untuk mendoakan pemimpin
dengan kebaikan bukannya keburukan, meskipun dia pemimpin yang zalim lagi jahat,
kerana kezaliman n kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri, namun apabila
mereka baik maka mereka dan seluruh kaum Muslimin akan merasakannya.
Jadi berfikir lah secara akal bukannya emosi.
Anda mampu menilai. Saya percaya!
p/s (tidak berkaitan entry): saya rindukan
dia =(
No comments:
Post a Comment