Cinta Dalam Novel =)

Sometimes, cerita cinta dalam novel ni boleh membawa kita ke dalam alam percintaan watak-watak di dalam novel tersebut. Apatah lagi kalau novel itu memang dikategorikan sebagai novel romantik. Makin sedap cerita maka makin ramailah yang membeli novel tersebut. Tapi aku suka novel berlatarkan fantasy. Aku dah baca novel Harry Potter long before novel tersebut di angkat ke dalam bentuk layar perak. Siapa sangka bila aku baca saja Novel Harry potter yang terakhir, ada terselit kisah cinta yang sangat menyayat hati. Aku rasa tak semua pun sanggup nak menghadapi kisah cinta sebegini.


Spoiler.


So sesiapa yang belum membaca Novel Harry Potter terakhir ni atau menonton HP7 part II ni dinasihatkan tidak membacanya sehingga habis sebab ini akan mendedahkan sebahagian dari klimaks cerita tersebut. Jangan salahkan aku kalau engkau orang eager sangat nak baca kan. Ahaha.


Kata orang kalau dah bercinta ni macam-macam madah pujangga akan terkeluar. Engkau bagai laksana bulan, lautan yang dalam sanggup ku renang, gunung berapi sanggup ku daki. Entah macam-macam. Tapi sanggup tak kalau engkau mempertahankan cinta sebagaimana Severus Snape buat dalam series ni. Apa yang Snape buat tu memang lah sangat menyayat hati bagi aku.


Cinta Snape pada Lily Potter tu sangat lah terkesan. Even Lily Potter dah tak ada pun dia sanggup mempertahankan Harry Potter even dia sangat benci kepada Harry sebab Harry tu sebiji macam ayahnya; James potter. Kalau kita awek lari, esok dah cari pengganti kan. Ehe. =)


Demi loyalty dia pada Dumbledore atas sebab Lily Potter, dia sanggup berhadapan dengan maut untuk menjadi double agent pada Voldermort. Terharu kan. Sanggup mati dan sanggup bersusah payah. Whoa. U know what, aku rasa dari dulu lagi aku suka watak yang dingin-dingin macam ni, tapi at the end of story barulah tau rupanya dia lah yang menyelamatkan segala keadaan. Be Hero the end of his day. Aku pun pernah berangan untuk menjadi kejam, dingin dan mahukan semua orang benci kan aku, tapi at the end aku nak semua orang tahu cerita yang sebenar bila aku dah tiada nanti. Sebab bila orang tahu time aku ada, nanti kembang lak punggung. Ahaha.


Susahkan nak dapat lelaki macam ni. Sanggup berkorban segala-galanya demi seorang wanita even dia dah tak ada. I give u tips. Treat a man nicely, and I bet he will do anything for you because of love! Jangan kau treat players plak, confirm melepas. Tetapi even players pun, kalau dia memang dah 100% sangkut dengan perempuan yang di cintai nya, dia boleh berubah, sanggup berubah, dan sanggup mengalah.


Pasti akan ada orang kata, ini hanyalah cerita je. Bukan ada yang betul. Tapi siapa tahu, mungkin dalam dunia memang wujud kisah percintaan sebegini  =)


I wish I will be one of them. ~~ =p



No comments:

Post a Comment