Wednesday, 7 October 2009

Kehilangan

Am I missing something

Pernah x hati korang tetiba rasa semacam kehilangan sesuatu dan mood korang tetiba berubah.. Aku terasa kehilangan itu hari ini.. Maybe perkataan yang tepat mengambarkan situasi ini adalah 'rindu'...

Aku rindu pada zaman muda mudi dulu... zaman fisrt year, second year dan third year.. zaman PERMAJ batch dulu.. Time tu ramai rakan-rakan untuk bergelak ketawa.. Atau keluar jalan bersama.. Dan yang paling best, gossiping.. hehe.. Acara ngumpat mengumpat..

Kini masing-masing dah bawak diri.. Ada yang kerja, ada yang amik Master dalam bidang masing-masing... Dan aku? Masih lagi bergelut untuk menghabiskan prasiswazah... Kalau masa dulu-dulu itu boleh ditarik kembali, di adun sekata agar ianya takkan lari dan tetap berada pada kedudukan yang statik.. Maksudnya? Maksudnya adalah masa itu takkan bergerak seminit ke hadapan.. statik dan terus statik..

Begitu juga dengan zaman sekolah aku... Terutama rakan-rakan MRSMBPJ.. Cemburu pun ada bila lihat kawan-kawan yang sama-sama gembira dulu ada yang dah ke England, Eropah dan berbagai tempat untuk melanjutkan pelajarannya.. Kehidupan sosial pun dah jauh berbeza.. Sehinggakan ada kawan perempuan aku pun dah ada yang isap rokok.. Dressing pun dan canggih manggih... Aku je yang masih begitu dan begitu.. Ohh ya... Nanti aku tunjukkan muka skema aku di entry yang akan datang...

Yang pasti aku seakan-akan tertanya-tanya.. Siapakah aku untuk 10 tahun akan datang? Mungkin di negara orang, atau hanya di Malaysia... Mungkin menjadi orang yang berjaya atau hanya orang biasa, kereta yang biasa dan rumah yang biasa... Orang cakap duit bukan segala-galanya... Tapi segala-galanya memerlukan duit..

Aku ada visi dan misi sendiri... Target untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun dan 30 tahun akan datang.. Aku tak mahu menjadi seorang yang biasa-biasa.. Cukuplah 20 Tahun aku menjadi orang yang sebegitu rupa...

Hidup ini biarlah orang mengenali kita, kerana sumbangan kita, kerana idea kita, dan kerana kepimpinan kita....

Tuesday, 6 October 2009

Nikmat Tido


Aku suka tido.. Sedapnya tido nih sehinggakan aku sanggup utamakan tido aku dari assigment, dan dari exam... Nikmatnya tido aku nih sehinggakan aku sanggup tido 23 hours sekalipun... Akhirnya aku adict ngn tido sebab penat kerana tido, letih, x bermaya dan lesu... Aku boleh tido sehinggakan 12 hours sehari.. Lebih lagi pon boleh..

Ada suatu masa, Aku tido dari jam 2 pagi sehingga jam 1 petang.. Bangun untuk solat jap, makan yang mana patut, sambung balik tido jam 5 ptg hingga 8 malam... Total 11 jam + 3 jam = 14 jam..
Macam budak kecik lak...

Kalau ada waktu lapang pun aku akan cari waktu tido.. 2 jam pun jadilah.. Akhirnya aku penat sebab banyak tido.. Ngantok sebab banyak tido.. Nak wat something pon rasa xbermaya, dan rasa malas yang amat sangat..

Jadi aku berusaha mencari solusi untuk penyait ini.. Mungkin dengan disiplin dan jadual yang ketat berupaya mengekang jadual tido aku tetapi aku x mampu nak berdisipilin dengan mengikut jadual secara tegas...

Ada cara tak nak menghentikan habit buruk aku ni?

Monday, 5 October 2009

Kesedihan

Dari jumaat sehingga ke Ahad minggu ni.. Pelbagai perkara berlaku.. Dan pelbagai perkara yang mengusik perasaan.. Nampak remeh tapi berat.. Nampak kecil tapi sudah cukup untuk menjentik naluri kesedihan..

Dalam 3 hari ini tanpa aku sendiri menyedarinya, dah 3 kali aku menangis, tapi tak lama.. Biasalah lelaki.. Sekadar mengalirkan mutiara jernih itu dengan perlahan tanpa deras dan teresak..

Dari 3 cukuplah aku menceritakan dua darinya... Yang pertama bila dapat tau Mak Ngah masuk hospital.. Sakit kalenjar tiroid.. Dan ntah sebab apa, aku terasa sedih dan sebak.. Ketika dapat tau, aku sudah pun berada di Subang Suria, rumah sepupu, Kak Linda, anak kedua Mak Ngah.. Jadi pada keesokkan harinya (Ahad), kami semua berpakat untuk konvoi ke Melaka.. Balik hari, sebab Isnin dah start kuliah dan Abang Azri dah masuk kerja..

Sampai ke hospital Melaka, aku lihat wajah itu, susuk tubuh lemah itu, sekelumit perasaan sebak datang tiba-tiba entah dari mana.. Mengalir lembut air mata tanpa diarah.. Dan Of Coz aku lari jauh-jauh dulu.. Sorok2 sikit.. Sakit dia, sakit jiwa kita..

Kanser tiroid.. Lega hati bila dapat tau yang kanser ini tidaklah se-bahaya dengan kanser-kanser yang lain.. InsyaAllah jika kena dengan rawatannya, penyakit ini boleh di 'supress' kan.. Atau didiamkan dalam bahasa kasar..

Untuk Mak Ngah, kuatkan diri, semoga sihat dan boleh masak asam pedas dengan sedap sekali.. hehe... boleh makan puas2 bila balik Melaka..

p/s: Untuk ke Subang dari Bangi, aku mengambil perjalanan selama 5 Jam.. dari jam 5 ptg sampai 10 malam... Aku sesat jauh dari lokasi yang dicari.. Dari Bangi - Shah Alam - Sunway Piramid - Mid Valley - Bukit tinggi, Klang - Shah Alam - Subang... Hebat betul selangor nih yang banyak Highway!!!

p/s: Atiq dan adif, jangan nakal-nakal sangat tau.. huhu...

Friday, 2 October 2009

Hidup.

Hidup ni sentiasa adanya unsur susppen
Hidup ini penuh dengan dugaan yang tiada tersangka
Entah bila kita akan dapat bertenang dan menghargai tiap-tiap sesuatu kejadian
Fikiran yang matang belum cukup tersedia menghadapi masalah
Apa lagi minda yang mentah untuk mengenali alam dewasa
Apakah kita bersedia membiarkan cerita peribadi kita diketahui orang lain
atau memendam rasa sehingga rasa ke tulang belulang

Keringkah air mata kita untuk menangisi kekecewaan
Sukarkah kita mensyukuri nikmat yang ada
Apakah kita terlupa tiap-tiap sesuatu pasti ada bahagianya
Tapi jalan yang mana akan menemui cahaya
Jalan yang mana yang akan memecah penderitaan insan

Kalau ada dua hati yang perlu dijaga
Hati mana yang akan tercarik luka
Hati yag mana lebih berharga
Hati yang mana perlu diutama

Diluah mati bapa, Ditelan mati emak
Menarik Rambut Dalam Tepung, Rambut Tidak Terputus, Tepung Tidak Berselerak


Thursday, 1 October 2009

Update, Shaklee And Rise Of Islam

woahhh.. lama gak x tak update... Raya kali ni biasa-biasa je.. sama biasa seperti tahun-tahun sebelumnya... Maybe umur makin meningkat makin kurang terasa bahang raya... Ataupun kita dah tahu bila tarikh raya sebenar setahun sebelum raya.. Sekarang senang tengok kalender... Kalau dulu suspen sikit... tunggu pengumuman raya, sama ada besok atau lusa raya.. adalah jugak terselit kemeriahan di situ menunggu kedatangan Syawal...

Sesiapa berminat nak membeli barangan makanan tambahan untuk kesihatan; Shaklee bolehlah berminat mengunjungi blog terbatu.. MeLoveShaklee.. Blog ni masih dalam pembinaan.. So tunggu ya... Just baca dulu info-info dalam tuh... Anda boleh pergi ke blog ni dengan klik http://meloveshaklee.blogspot.com/

Kebangkitan Islam pasti akan terjadi... Dengan fitnah merata-rata zaman ini, dan dengan susulan kejadian gempa bumi, iaitu sebahagian tanda-tanda kiamat, kita memerlukan sokongan dari saudara seislam untuk terus memiliki semangat Jihad dan perjuangan menegakkan syiar Islam... Adanya blog Rise Of Islam hasil tangan Saudara Sebangsa kita sendiri akan memberi pengetahuan dan memberi info berguna untuk kita.. Blog yang kemas dan sarat dengan maklumat duniawi dan akhirat.. Semoga Allah memberi kita semangat dalam perjuangan Islam... Klik di sini http://holywar-efairy.blogspot.com/

Sunday, 20 September 2009

Selamat Hari Raya

Sekejap jer dah sebulan berpuasa.. Kini tiba lak masa kita merayakan hari kemenangannya dengan menyambut Hari Raya..

Justeru itu, saya ingin meminta maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini terutama kawan-kawan sekolah, SKBBU 2, SMKBBU, SMTJB, MRSMBPJ, Kolej Matrikulasi Kulim, Kem PLKN Alor Gajah, Keluarga PERMAJ, Kawan-kawan Mikrob, Kolej Ungku Omar dan semia warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

p/s: Hari raya disambut meriah di seluruh negara... semua nak sambut baik yang berpuasa penuh mahupun tidak.. Hairan ya, kenapa tidak ada yang menangisi pemergian bulan Ramadhan.. Bulan untuk kita melipatgandakan ibadah dan mencari keberkatan.. Sebab kita tak tau, adakah kita akan bertemu kembali Ramadhan untuk tahun yang mendatang.. Hanya Allah yang tahu..