Saturday 14 March 2009

Bad Day, Really Bad Day

Badminton

Semalam, aku bersiap nk bermain untuk tournament badminton UO, setelah tunggu selama 2 jam, aku x dapat bermain untuk hari ini, kerana peraturan by. So terpaksa aku tunggu keeseokan harinya. Bad Day ditambah lagi dengan hujan yang turun hari ini, membuatkan hari ini aku terpaksa menahan semangat bermain badminton sekali lagi.. terpaksa menunggu keesokan harinya..


Pro Evolution Soccer

Hari ini ada pertandingan PES anjuran Extreme-c KUO. Aku bermula dengan baik dengan pasukan AC-Milan.. Bermain secara liga, dengan game yang pertama seri 0-0.. Game kedua rezeki memihak kepada aku dengan kemenangan 3-1. Tapi malangnya game ketiga menampakkan seolah-olah luck mula mencemburui aku.. Aku kalah 2-3.. Lawan aku dapat 2 penalti yang x disangka dan aku pula terpaksa bermain dengan 10 player, setelah seorang kena buang padang..


Hair Cut

Setelah kecewa, aku keluar mengunting rambut, macam biasa kedai mamak Mr D di Seksyen 4.. Aku nak bela rambut panjang tetapi kemas, dan sekali lagi aku dikecewakan.. Rambut aku di gunting pendek.. Hampehh.. dah Gunting.. Nak wat camner? Terima jelah..


Manchester United VS Liverpool

Kekecewaan aku bertambah mengaibkan.. Badi PES menghantui aku.. Aku sampai di kedai makan SOHO jer, terus Liverpool dapat penalti setelah Gerrad dijatuhkan oleh Evra.. Keputusan ketika itu memihak kepada Liverpool 2-1.. Setelah 90 minit perlawanan. Liverpool menang dengan 4-1.. Sekali lagi, MU terpaksa bermain 10 orang pemain.. Penamatan sebuah permainan yang sama. Penalti dan red card.. MU kalah secara mengaibkan.. Hampeh hampeh..

Aku harap kekecewaan aku akan berakhir di sini.. Mungkin esokn Lucky Day aku sapa tahu?



2 comments: