Thursday 7 January 2010

Gunung Ledang



Dah hampir 2 minggu aku naik Gunung Ledang, baru nak tulis entry ye.. sungguh malas.. Aktiviti ni dianjurkan oleh kelab angkat aku Xtreme-C pada 25-27 Disember yang lepas.. Jadinya dah 2 kali aku ke puncak lagenda ledang yang sebelum ni dianjurkan oleh persatuan kandung aku, Persatuan mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)..

Cuma ada sedikit beza antara pendakian yang sebelum ni dan yang dianjurkan baru-baru ini.. Berbeza dari segi track pendakian dan base camp.. Cuma rasa kalau dapat base camp di Kolam Anak Gajah sangat best dan sangat survival.. Gelap dan tidak ada langsung kemudahan.. Tapi tidak apa, kerana Ahli Xtreme-C is the best among the best.. (Ahaks, pujian ni)... tak hipokrit ok...

Nak cerita pon basically sama je... Pendakian ke puncak memakan masa hampir 6 jam.. begitu juga dengan turun ke base camp... Basically juga, pendakian ni memang lah susah, penat dan mencabar mental terutama di Ledang terkenal dengan KFC (Killing for climber).. Batu-batuan mencecah hampir 60 darjah... jadi biarlah gambar berkata-kata... Ad yang nak bertanya silakan... (malas betol nak bercerita)



Damn.. Guni ni kena pikul dari Check Point Gua Kambing sampai ke atas..
Sikit punya ringan.. melecet tgn..






Di Check point Taman Bonsai.. Lagi berapa minit saja lagi untuk ke puncak..
View di sini tersangat menarik..



Ni model kita sedang mendaki batu hampar.. tersangat merangsang mental
bila melihat batu hampar ni menegak depan kita.. naik just pakai tali yang disediakan









Puncak ledang boleh dikatakan puncak yang menarik, aman, sejuk
dan mempunyai view yang sangat menarik















Keesokan harinya diadakan aktiviti abseiling.. Yang tak abseiling tu boleh lah bermandi manda
dengan air terjun.. Boleh dikatakan menarik jugak..






Ada request suh aku ceritakan kenapa aku turun paling lambat.. Jarak antara group aku dan group second last turun ke base camp lebih kurang 2 jam.. Aku sampai ke base camp dalam jam 10 malam.. Nak cerita? nanti lah sambung ek.. (nak jugak bersambung.. hahaha)

p/s: sorry kak aza, entry pasal pertunangan tu ditunda ke entry seterusnya.. heeeee

3 comments: