Monday 25 January 2010

Jebat Derhaka..



Kita bangga dengan sejarah asal usul kita.. Dan kita patut berbangga dengan kegemilangan Melayu Nusantara ketika dulu.. Di bawah naungan Sultan - sultan dan jajahan wilayah berdaulat yang kita miliki.. Kedaulatan yang kita sanjung berpaksi kepada agama Islam... 


Antara hikayat yang paling menarik yang berlaku dalam sejarah adalah peristiwa penderhakaan Hang Jebat kepada Sultan Melaka ketika itu.. Sejauh mana kebenarannya, apa yang pasti 'derhaka' itu sesuatu yang tidak boleh diterima di kalangan masyarakat melayu.. Apatah lagi kepada sultannya...


Kini, ketika seluruh rakyat Johor masih lagi berduka cita atas kemangkatan Pemimpin yang tercinta, Al-marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, terdengar pula suara biadap dan kurang ajar yang menghina kesultanan melayu... 


Biadap dan Kurang Ajar!!!... Seperti Jebat yang dilahirkan semula.. Tapi bukan sebangsa... Kalau sebangsa, mereka ini ibarat anjing mengigit tuannya... Hanya tahu menyalak kosong dan mengigit.... 


Biarpun bukan Sultan Johor, tetapi kedaulatan sultan-sultan di mana-mana negeri pun harus dijunjung dan dijaga sebaik mungkin... Mungkin itu pertahanan terakhir kita untuk menyelamatkan negara ini dari dijajah sekali lagi... Penjajahan dari dalam...


Kalau pemayung Agama Islam dan hak kemelayuan kita dihina sebegini rupa, apakah kita mahu berdiam diri.. Apakah kita mahu melihat dan berdiam diri sambil tersenyum.. Setakat ini ada pihak yang cuba meniupkan sentimen kebencian dan menyalakan api huru hara..... Tak kira apa bangsa, apa keturunan dan darjat... Aib si mati perlu di jaga dan kesopanan dan kemuliaan Islam perlu dijaga.. Kalau orang Islam sendiri yang menjaja cerita aib si mati apatah lagi saudaranya, tak taulah nak cakap apa lagi... Buang saja nama Islam dalam Kad pengenalan tu..


Tak kira apa bangsa, semoga penghina dan pendurhaka ini dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima balasan setimpal mungkin.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Al-Marhum Baginda Sultan Iskandar, dan Semoga Allah melimpahi nikmat keamanan kepada Negeri dan Jajahan Takluk Johor khasnya, dan Malaysia am nya... Semoga Islam terpelihara di bawah naugan Sultan Ibrahim Ismail... 


Daulat Tuanku!!

2 comments: